Monday, September 26, 2011

Kek Marble.. yang tak marble pun.. :D

selamat membakar kek pada hari Jumaat malam..
terlebih rajin pulak yer.. sebenarnya rasa bosan..
takde apa nak buat.. so, bakar jer lah kek.. best jugak..
dah lama tak buat pun.. en suami memang suka kalo ada makanan ringan mcm ni di rumah..
sebab dia selalu buat air panas masa tgh2 malam.. so, mencari la apa yg boleh dimakan..
siap bakar kek ni lebih kurang pukul 12 tgh malam..
terus hidangkan untuk en suami..
dan terus dia request nak teh o panas.. hahah..
sebagai isteri mithali harus lah buatkan yer.. :D

aku tuliskan bahan-bahan & cara-caranya di sini..
untuk rujukan aku di masa akan datang..
kalau korang nak cuba pun takde hal laa..
kalau tak sedap jgn marah aku lak..
pada aku .. aku rasa sedap.. :D

Bahan-bahan:

250gm butter
250gm gula halus
280gm tepung naik sendiri
1/3 cawan susu cair
4 biji telur
esen vanilla
pewarna

Cara-cara:

1. Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu dan tepung berselang seli.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan pewarna sesuka hati.
5. Bakar di dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam 15 minit.

Pasal nak marblekan tu aku tak pandai. So, aku belasah jer lah..
1/2 adunan aku masukkan bancuhan pekat nescafe. Sebab tu lah marble nya nampak tak nampak jer.
Tapi rasa nya sedap. I like...





No comments: