Instagram

Thursday, September 29, 2011

Kemalangan maut di BKE

seperti biasa memang aku keluar rumah agak lambat sekarang ni..
pukul 8 baru terkedek-kedek nak keluar..
smpai ofis biasa nya pukul 9.. so, selalunya aku akan bayar masa lewat aku dengan balik lewat 1 jam...
ataupun kalau aku puasa, lunch time aku memang kat ofis je.. so, berbayar lah masa keja ku..
boleh macam tu eh? boleh je kot.. :P
nasib baik bos adalah tak kisah.. yang penting kerja siap on time..

hari ni pun aku keluar rumah pukul 8.. dah la nak ke Bayan Lepas..
kalau ke Bukit Tengah tu, ok la sikit..
so, aku lalu BKE..
masa menghampiri exit ke Kubang Semang, tiba-tiba je hiway jammed..
kereta semua hampir berhenti..
memang sangat jarang berlaku macam tu..
selalunya hiway BKE ni tak pernah jammed pun..

aku agak mesti ada eksiden ni..
sangkaan ku benar..
ada sebuah kereta Proton Perdana tersadai di tengah-tengah jalan..
punca kejadian aku rasa adalah disebabkan tayar depan belah pemandu pancit..
so, kereta terbabas ke kanan jalan dan berhenti betul-betul di tengah garisan hiway yg ada 2 lorong itu..
ingat kan tu sajer.. ke depan lagi sikit nampak polis dan kereta-kereta di kiri jalan..
banyak jugak kereta yang eksiden bumper to bumper..
tapi tak pasti berapa banyak sebab banyak jugak kereta yang berhenti untuk bagi pertolongan atau bertanya khabar..
dan di lokasi yang sama.. tapi di laluan bertentangan.. ada kemalangan jugak..
dari jauh aku nampak seperti ada sesuatu yang ditutup dengan kanvas hitam..
kalau korang zoom gambar bawah ni korang leh nampak jugak..



ni pun aku main snap jer.. takut kang polis nampak aku dok sibuk nak ambik gambar pulak..
bila aku betul-betul menghampiri tempat kejadian, memang aku nampak mayat dan motornya sekali ditutup di bawah kanvas tu..
dan aku nampak tangan mayat tu sebab kanvas tu terbuka sedikit..
wallahualam.. aku tak tau lah jantina nya dan bangsa nya..
tapi hati berasa sangat sayu..
ajal nya begitu.. dan ditetapkan oleh Yang Pencipta..

sepanjang perjalanan ke ofis.. asyik teringat-ingat dengan kemalangan itu..
mcmana terjadi nya..
walau apa pun.. semoga keluarga mangsa redha dengan ketentuan-Nya..
Innalillah..

No comments: