Instagram

Friday, September 09, 2011

excited nya anak buah aku ni..

tengah aku nak letak kepala kat meja tadi.. henpon ku berdering..
tertera nama kakak aku di skrin henpon.. 
bila aku "Hello" jer..
terus dengar suara anak sedara ku yang "Hello" di hujung talian..
"Makngah.. Along dapat no. 3.. semua dapat A.. "
"Wah!! pandai nya Along.. sapa dapat no. 1 dan no. 2"
"Takdak sapa pun.. " -- aikkk.. pelik pulak aku.. hihihi... 

happy tak terkira lah anak sedara aku yg sorang ni..
masa last sem dia dapat no. 7.. masa tu pulak 1st time dia exam.. kan baru masuk darjah 1.. 
memang takde pengalaman exam pun.. 
yg aku asyik dok cakap suruh dia dapat no. 1.. 
boleh dia cakap masa tu.. "Along tak mau dapat no. 1"..
atas alasan apa aku tak pasti.. yang pasti nya dia belum faham competition masa exam.. :)

tapi kali ni dia sangat happy sebab dapat no. 3.. 
Alhamdulillah.. ada peningkatan.. 

"Makngah.. Along nak kereta control.."
"Ehh! Bila makngah janji nak bagi? " -- tp dia buat tak dengar pulakk.. hahahah

dari kejauhan dengan suara adik nya pulak..
"Adik pun nak jugak.. Beli kat adik satu.."
aku jawab "Adik mana boleh dapat.. Sebab adik tak periksa pun.."
Along jawab "Betul betul betul... " :D

bebudak ni memang laa.. suka sangat lah nak pow Makngah & Pakngah..
sapa suruh Makngah & Pakngah nya rajin layan.. hihi.. 

yang kelakar nya.. masa minggu sebelum Along exam tu..
kitorang balik Perlis.. 
dia siap cakap kat aku.. "Along takut ni nak periksa... Along nak study lah.. "
so, dah nampak lah masa 2nd sem ni dia bersungguh-sungguh pulun nak exam.. 
kalau tak dia ni dok kerja mengadap tv jer.. hantu TV... huhu
Alhamdulillah... dah besar budak budak ni... 
walaupun bukan anak aku.. tapi aku bangga dengan mereka..
sebab diorang membesar bersama-sama dengan kasih sayang aku & en suami.. 

gambar di bawah sekadar hiasan.. 
masa bawak budak2 berdua ni pegi main bowling kat Kangar.. 
diorang teringin nak main bowling.. tapi sayang nya tak der pulak kasut size budak2 kat situ..
so, tak dapat lah nak ambik 1 lane utk diorang main..
kitorang bawak main kat lane kitorang jer.. 
takper lah, janji dapat menggolong bola bowling tu.. :)


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: