Wednesday, October 19, 2011

kerja dan ganjaran

hari sabtu lepas memang banyak menghabiskan masa di rumah sajer. hari ahad jugak, seharian bertapa jer di dalam rumah. sebabnya keadaan cuaca yang mendung-mendung sangat best melepak di rumah sambil berbaring-baring bermalas-malasan. :)

yang nak diceritakan hal hari sabtu. bangun dari tidur, terus mengerah tenaga membersihkan bilik tidur kami. dah lama target nak mengemas membuang habuk habuk yang bertakhta. dan juga mengubah kedudukan barang-barang di dalam nya.

aku dah plan nak ubah katil dan mengubah suai ruang untuk bersolat di dalam bilik tidur kami tu. akhirnya ini lah ruang solat yang terhasil. Alhamdulillah. lebih luas dan selesa. hanya ruang ni jer yang boleh aku nak tunjuk. lain-lain tak boleh yer. hehehehe..


selesai menyapu, menvakum dan mengemop bilik, terasa sangat best. bilik dah bersih dan kemas. so, lepas ni kena lah rajin rajin kan lagi mengubah suai bilik ye. supaya semangat nak tidor.. haha.. kalo tak kemas pun semangat jer bila sampai masa nak tidor. letak jer kepala atas bantal, terus zzzZZZZzzzz..

sebagai ganjaran kami berdua mengemas bilik dan sebahagian ruang rumah yang lain, petang nya kami ke pasar malam. membeli bahan-bahan basah untuk stok di dalam peti ais. dan ganjaran besar nya adalah KETAM. hehe..

en suami terpandang ketam. dia memang hantu ketam. oh pleaseee.. aku suka makan ketam, tapi aku sangat lah malas nak mengupas kulit nya.

teringat masa kecik-kecik dulu, ayah aku selalu beli ketam atau pun udang lipan. mak akan rebus jer. pastu, kami meratah-ratah jer ketam tu. pastu, aku cerita lah kat en suami pasal tu. tu yang en suami excited nak beli ketam. nak suruh aku rebus jer. pastu meratah. best best..

selepas direbus, ini lah ketam nya.. kami beli 5 ekor jer. tu pun dah banyak gak tu. harga nya RM28. Alhamdulillah.. puas hati dapat meratah ketam. :)


ini lah ganjaran kami mengemas rumah.. size ketam yg paling besar tu en suami punya.. :D

3 comments:

Marini said...

Alahai zura,,

bahagianyer cik abang wife rajin masak,...

JunAina said...

anak kak aina tak reti makan ketam jadi kak aina tak pernah beli ketam.

Aizura said...

Marini - sebab cik abg suka makan lah wife dia kena rajin masak. hihi.
salam perkenalan ye. :)

k.aina - laa, awat mak dia tak ajaq makan ketam? tau la tu, tak mau tolong kupas kulit. hehe. lawak ja no.. :D