Instagram

Friday, April 01, 2011

ada betulnya cakap orang tua-tua.. tetamu tak diundang.. :D

tengah kami sekeluarga menikmati juadah tengahari..
menu kami hari tu adalah..
ikan terubuk bakar.. ikan tuka rebus cicah ayaq asam.. gulai kepala ikan duri (seludu) rampai dgn bendi..
semua nya mak masak..
sebab aku & kakak sibuk menyimpul popia jer.. hihi..
masa tengah makan tu..
beberapa kali lah kami ni berlaga tangan nak ambik lauk..
orang tua-tua cakap.. tanda ada tetamu nak datang rumah..

elok jer lepas makan..
tengah dok kemas-kemas meja..
tiba-tiba aku nampak biawak besar sedang bergerak datang ke arah rumah kami..
besar nyaaaa.. berjalan dengan gagah nyaa..

besar betul.. sebab nya dari jauh lagi aku nampak dia jalan..

terus panggil ayah aku..
semua yang dalam rumah bangun nak tengok..

ayah aku terus masuk ambik senapang.. masuk peluru..
en suami & adik aku terus keluar pi usha mana biawak tu pegi..
biawak tu lari masuk dalam bendang yang ada air..
kitorang tengok dari jauh jer..
yang pegi memburu adalah ayah, adik & en suami.. hihi..

ayah aku memang penembak tepat OK..
dah beberapa kali jugak dah dia tembak biawak yang masuk ke kampung ktorang..
ular pun penah jugak..

hasil berhempas pulas diorang..
maka terbunuh jugak lah biawak itu...
ayah aku tembak tepat di kepala..
pastu, adik aku terus gi tangkap biawak tu..
bergelut jugak lah..
sebab biawak tu besar dan masih kuat walaupun kena tembak..
en suami pulak jadi pom pom boy kat situ..
dan jurukamera.. hahahha..

ayah cakap.. yang kali ni lagi besar dari yang dia dah tembak sebelum ni..
kenyang makan la tu..
nasib baik kami belum lagi bela itik..
kalau tidak, habis la telur itik kena makan dengan biawak..







tertewas jugak akhirnya biawak itu..

lepas dah selesai semua..
aku terpikir..
ini lah rupa-rupanya tetamu yang tak diundang itu..


p/s: ending ntah apa apa.. :P


5 comments:

nani said...

mmg kena bunuh ek, kalau jumpe biawak?

ayah ko sniper ke beb, terer..hehe

JunAina said...

zura...bukan setakat telur itik diamakannya dengan ibu2 itik sekali kena ngap.

Aizura said...

nani - aku tak pasti lah kena bunuh ke tak. tapi sebab dia masuk kampung dan kemungkinan boleh masuk dalam rumah, dan jugak besar dan mungkin bahaya. sebab tu lah dibunuh kot. :D
ayah aku mmg sniper, tapi bakat dia tu tak turun pun kat anak2 dia. tambah aku lagi la, takut dengar bunyi meletop. haha

k.aina - kalau dah besaq mcm tu, memang la ibu itik pun dia telan.

sW33tdARLiNG said...

ishh geli lahhh...!

Aizura said...

sW33tdARLiNG - hihi, memang geli gak aa.. tp org lelaki ni selalu nyer selamba jer..