Thursday, September 27, 2012

pengurusan masa bila dah bertiga

malas nya nak mandi pagi tadi..
minggu ni boleh dikatakan hari-hari hujan..
maka, air dari paip adalah seperti air dari peti sejuk...
sangat menusuk hingga ke tulang temulang walaupun lemak dah tebal ni..
rumah sewa kami tu memang takde water heater pun..
so, tadah jer lah mandi dengan air yang sejuk gilos tu..
basahkan part yang wajib jer lah.. hihi..

sekarang ni kami dah tidur kat bilik tidur kami dah..
sebelum ni, bentang toto kat bawah jer.. tidur kat ruang tamu..
mengadap tv..
tapi, asyik lah teringat akan kesedapan tidur di atas tilam kat bilik atas tu..
alasan tak mau tidur kat atas adalah...
sejak Sadiq dah makan solid food ni, setiap pagi aku akan masak bekalan Sadiq untuk dihantar ke rumah pengasuh..
jadi nya.. kalau tidur kat atas, aku macam tak boleh imagine macamana aku nak membahagi masa nak menguruskan semuanya..
sebab kalau tidur kat bawah, bangun tidur aku mandi & solat.. pastu, terus masak bekalan Sadiq.. sambil siapkan bakul bekalan dan siapkan Sadiq sekali..

tapi, setelah ditimbang tara.. akhirnya kami tekad..
aku cuba mengatur jadual supaya setiap pagi pengurusan masa kami adalah efisyen.. hehe
setiap pagi bangun mandi, solat dan terus bersiap dgn baju kerja..
turun bawah dan masak dan menguruskan hal-hal lain di bawah..
sementara itu, en suami akan siapkan diri sendiri dan Sadiq kat atas.. dah siap semua, baru mereka turun.. dan kami pun keluar rumah..
hmm.. boleh pun uruskan masa dengan bijak..
dalam minggu ni kami berjaya melakukan semua itu.. dapat tidur di katil yang empuk dan best.. dan dapat menyiapkan kelengkapan kami semua dengan baik sekali..
Alhamdulillah.. cuma perlukan kerjasama yang baik dari ketiga-tiga pihak.. heheh..

meh nak tunjuk kat korang apa yg aku masak untuk Sadiq pagi ni..


gambar bawah: bubur nasik tengah direbus + 2 ketul chicken stock + 1 ketul puree ayam
gambar atas: puree ubi kentang + puree brokoli

nanti pengasuh Sadiq akan campurkan bahan-bahan di gambar atas & bawah sebelum suapkan Sadiq..

komen dari pengasuh Sadiq semalam..
Sadiq makan dengan laju untuk menu yang sama macam hari ni..
fyi, semalam adalah 1st time bagi Sadiq makan brokoli..
2,3 hari yang lepas.. menu yang sama tapi brokoli tukar jadi bayam..
kurang laju sikit dia makan..
pandai yer budak kecik ni merasa mana sedap mana tak sedap..
hihihi..

ok lah.. tu jer nak cerita..
ketemu di lain episod

 

Wednesday, September 26, 2012

solid food untuk my hero Sadiq

sejak dari usia Sadiq 6 bulan 4 hari, aku dah perkenalkan solid food kepada my hero yg comel ni..
dan sampai lah ketika ini.. tak pernah miss untuk aku masakkan bubur nasik untuk dibekalkan kepada babysitter..
cuma yang selalu bermain di fikiran ku adalah, macamana nak pelbagaikan makanan Sadiq.. yang bersesuaian dengan umur dia..
setakat sekarang ni.. aku dah perkenalkan Sadiq dengan pelbagai puree seperti epal, kacang pis hijau, labu, carrot, kentang.. dan juga stok ayam.. tak dilupakan isi ayam..
itu jer lah makanan Sadiq yang sempat dan berjaya aku buat untuk dimakan bersama bubur nasik nyaa..

ayam pun aku bagi masa hari cuti.. yang mana aku masak on the spot dan bagi Sadiq makan..
belum pernah bekalkan ayam untuk hari yang mana Sadiq dihantar ke rumah babysitter..
actually, aku takde idea macamana nak buat untuk bagi makanan Sadiq tahan 1 hari sepanjang di rumah babysitter..
sekarang ni, tiap-tiap pagi aku masakkan bubur nasik.. then, panas2 tu terus aku masukkan dalam termos.. pastu, puree yang beku tu aku masukkan dalam bekas..
dan bila bs nak bagi Sadiq makan, dia akan cedokkan nasik dari termos dan campur dengan separuh puree.. dan nasik akan disimpan balik dalam termos..
maknanya nasik tu akan sentiasa panas dalam termos sampai ke petang..

--selepas beberapa lama entry ni kat dalam draft, mari sambung semula--

pasal protein pulak.. aku dah dapat idea.. aku buatkan puree ayam utk sadiq..
so, tiap2 pagi masa masak bubur nasik, aku akan masukkan seketul puree ayam bersama2 dengan bubur nasik.. sedap jer bau nya..

minggu ni aku dah perkenalkan Sadiq dengan sayuran hijau..
aku mulakan dengan bayam hijau dulu.. nampaknya Sadiq boleh makan bayam..
tapi aku tak bagi lah bayam semata2.. aku campur dengan carrot atau kentang..

hari ni pulak, aku bekalkan Sadiq dengan puree brokoli dan kentang pulak..
hopefully Sadiq suka lah dengan brokoli yer.. :)

stok puree protein pun dah makin berkurangan ni.. puree ayam tinggal seketul jer lagi..
so, malam ni mungkin kena buat lagi.. nak try ikan pulak..
hari tu dah beli seketul salmon nak buatkan puree utk Sadiq jugak..
tapi, tak berkesempatan nk buat.. sebab dh lebih seminggu salmon tu duduk dalam peti sejuk..
maka menjadi makanan mama & papa jer lah yer.. heheh
nanti mama beli salmon lagi untuk sadiq yer... ;)

cerita pasal masa travel pulak..
sebelum ni kalau setakat balik kampung, aku memang bawak bekal puree & beras yg dah diblend balik ke kampung.. terus masak jer..
cuma travel ke tempat-tempat yang tak ada equipment nak masak tu.. belum pernah..
dan kami pun mencuba untuk travel 2 minggu lepas.. masa cuti Hari Malaysia tu..
kami ke KL.. 1 malam menginap di hotel, dan 1 malam lagi tidor kat rumah Yan.. :)
so, nak tak nak.. untuk memudahkan aku.. aku bagi Sadiq makan Cerelac Beras + Buah-buahan..
aku memegang konsep, sekali sekala jer makan yg instant..
bila kat rumah.. no instant.. homemade only..
Sadiq  menerima jugak makanan yg instant ni.. nasib baik.. hehehhe..

sejak demam, batuk, selesema yg agak teruk hari tu, Sadiq ni bila siang jer dia kurang nk menyusu..
kalau lapar, dia hanya nak makan.. no susu..
bila hari dah malam, pandai pulak dia nak susu jer.. 
ish ish.. bijak sungguh anak mama ni..
so, Mama memang tak boleh miss masak untuk Sadiq hari-hari..
no problem Sadiq.. mama rajin je nak masak untuk Sadiq.. masak utk Mama & Papa je yang Mama malas.. hihihi...

p/s: entry tak bergambar.. malas nak transfer gambar yg tak seberapa tu.. hihi






Tuesday, September 25, 2012

Selamat Hari Raya.. (walaupun raya dah habis..)

lama dah ada gambar raya ni.. tapi.. macam biasa lah...
mood malas menjelma..
malas nak upload gambar masuk fb atau blog..
ni pun dah seminggu lebih aku letak gambar2 dalam draft..
tunggu masa nak publish jer..

meh la layan gambar2 raya kami walaupun raya dah habih..
semua gambar2 ni adalah di Perlis.. sebab tahun ni adalah giliran beraya di Perlis.. :)

saya dah siap pakai baju melayu saya yg pertama.. selamat hari raya...


dengan kak ngah & kak long

3 of us.. (sadiq dok pandang apa tu??)

3 of us .. again.. :)

alamakss... tengah testing position camera ni..


family ku...


tok ayah & mak tok bersama cucu2nya






sadiq mula mengamuk dah ni.. tok ayah cuba memujuk..












yeayy... sadiq dpt duit raya

aku & mak..

all the 'girls' in the house.. ;)




layan gambar je lah yer..
malas nk letak semua caption..


Wednesday, September 12, 2012

aksi saya..

hi semua...

ni gambar saya hari sabtu lepas...
kat kedai makan.. pukul 4 lebih..
saya temankan mama & papa makan tengahari..
tengahari la sangat.. dah pukul 4 petang..
mama malas masak sebab dapur tak habis berkemas..
ubah kedudukan peti ais sebab plug yg pasang peti ais tu rosak..
so, kena lah ubah kedudukan kabinet & peti ais kat dapur..
oleh itu, mama cuti memasak yer...
tapi masak untuk saya tak cuti yer.. sebab saya mana boleh makan makanan kat kedai..
:)

my cheeky face

hi mama!!

lambat nya makanan sampai.. kesian papa lapar.. :)

cubaan nak terbang.. habis mulut papa kena tutup..

papa cayang saya!!! panjang nya muncung papa.. hikss..

saya penat!! balik rumah saya tidor sambil hisap jari.. sedapsss..

Friday, September 07, 2012

jom update lagi untuk hari ni


Alhamdulillah.. saya dah sihat.. comel tak saya?? :)




Mama cakap tak comel.... sebab... jari di dalam mulut...
Sadiq ni tak mau dengar cakap Mama yer.. nanti Mama babap tangan awak tu..
dengan air liur meleleh.. hensem sangat lah gitu yerr..

hari ni, meh nak cerita pasal perkembangan Sadiq yg mana hari ni telah berusia 7 bulan 3 minggu..
lagi seminggu nak masuk 8 bulan...
kejap jer kan.. how time flies... hmmm...

masa Sadiq demam..
-------------------------
Sadiq kena demam, batuk, selesema.. pakej.. :(
so, kami bawak dia gi Klinik Singapore.. klinik pakar kanak-kanak..
memang selama ni kalo Sadiq tak sihat sikit-sikit pun bawak gi situ gak..
bila doctor check, demam takdak.. lagipun dari malam sampai ke pagi sebelum gi klinik tu aku dok tuam je kepala dia dengan kain lembab..
so, suhu badan dia dah turun la..
tapi batuk & selesema memang ada..
bila doctor yang mukanya agak psycho tu check (ekspresi muka doktor tu mendebarkan mak bapak budak).. dia cakap, dengar bunyi kahak kat dalam paru2.. so, kena buat nebulizer untuk cairkan kahak..
Sadiq nangis la masa kena neb tu.. tapi org cakap bagus baby nangis masa tengah neb.. so, rongga2 terbukak.. senang nak keluarkan kahak..
tapi kejap je nangis nya.. bila dia dah selesa tu dia senyap je masa tengah neb..
pastu, bermula lah episod kami melayan ragam Sadiq..
dari hari isnin tu bawak ke jumaat (merdeka day).. tiap2 malam memang tak dapat nak tidor lah kami.. kesian sangat dengan Sadiq.. sebab tidor dia terganggu dengan batuk dia yg berkahak..
masa tu doctor pesan, kalau 3 hari demam dia masih ada.. kena bawak Sadiq pegi xray.. sebab takut paru-paru dia kena jangkitan kuman..
tapi lepas 3 hari demam dia ok.. cuma batuk & selesema masih ada..
macam-macam cara kami buat nak tolong dia keluarkan kahak bila batuk..
boleh refer kat blog ni macamana nak buat.. insyaAllah membantu..
tapi sepanjang minggu tu Sadiq kerap muntah.. minum susu muntah.. makan bubur nasik pun muntah.. kesian sangat kat dia..
sampai nak angkat tangan & kaki pun tak larat.. sedih Mama tengok Sadiq macam tu.. sebab dia sangat aktif sebelum ni.. bila tengok dia lemah macam tu, kita pun lemah jugak.. sedihhh :(
pastu, hari jumaat tu.. dah lewat petang la.. MakTok call bagitau elok jugak kalau berubat cara macam budak kena cacing.. mandi daun akar kayu.. tapi daun daun semua tu mana lah kami tau nak cari..kalau balik kampung boleh laa dapat..
masa MakTok call tu, Papa takde kat rumah.. keluar gi beli makanan.. so, tunggu Papa balik dan bagitau pasal tu.. Papa cakap.. jom balik Perlis malam ni jugak.. (padahal baru je balik dari cuti raya beberapa hari yang lepas.. huhu..)
then, Mama call Tok Ayah tanya dia boleh ke nak balik malam ni.. Tok Ayah kata ok.. ktorg pun terus siap-siap apa yg patut.. terus balik ke Perlis..
on the way balik.. aku bagi Sadiq minum susu.. sebab dia pun mcm lapar jer.. elok je habis minum.. aku angkat dia letak atas riba sebab dia tak mau baring..
tak lama lepas tu.. dia muntah.. habis lah seluar Mama kena muntah Sadiq.. baju Sadiq pun kena..
so, ktorang berenti tepi hiway.. lap-lap apa yg patut.. tukar baju Sadiq dan teruskan perjalanan..
dalam kereta tu Sadiq tido dalam peluk Mama.. sebab dia tak mau baring sendiri..
so, Mama peluk je lah Sadiq yg tengah tido dari Gurun sampai lah ke Perlis.. nasib baik lah posisi tu tak melenguhkan badan Mama.. so, Sadiq dapat tidor dengan selesa..
dalam pukul 11 malam kami sampai ke Perlis.. tok ayah & mak tok dah siap-siap cari daun daun kayu dan rebus untuk nak mandikan Sadiq pagi esok..
malam tu, MakTok yg jagakan buaian Sadiq.. Mama & Papa tidoq tak sedar diri.. huhu..
nasib baik MakTok memahami.. :)

hari ahad kami balik semula ke Kulim.. berbekalkan beberapa jenis ubat penawar yang perlu diberi kepada Sadiq..
Alhamdulillah, Sadiq dah beransur sihat.. batuk & selesema pun dah takde..
dan kembali cergas seperti biasa..
tidor malam pun dah selesa.. lega Mama tengok Sadiq dah sihat..

pastu, Mama pulak yang ambik alih.. demam, batuk, selesema jugak...
dah lah baru start keja baru.. takkan lah dan nak ambik mc hari 1st start keja..
so, bertahan jer lah.. huhu


apa yang Sadiq dah pandai buat sekarang ni?
------------------------------------------------------
- dah pandai main walker sendiri.. meluncur ke sana ke sini.. pegi kat mana-mana tempat yang dia nampak menarik..
cuma petang semalam, Mama nampak dia dah pegi ke meja makan.. dan memegang kain meja.. nervous dah Mama.. ingatkan Sadiq nak menggenggam dan menarik kain meja tersebut.. tapi tidak.. Sadiq hanya memegang dan menyapu-nyapu sahaja kain tersebut.. dan berlalu pergi.. fuhhh!!!
- meniarap dengan keadaan tangan dan kaki di awan-awangan... macam keadaan angkasawan yg dok berlatih terbang tu.. heheh.. tak tau lah apa yg dia nak buat sebenarnyaa..
- menyusur sambil meniarap dengan cara berpusing 360 darjah.. disebabkan sekarang ni suka sangat tidur dalam keadaan meniarap.. Sadiq memerlukan ruang tidur yang besar supaya dia selesa bergerak ke sana sini dalam masa tidur.. jadi... no more baby cot for him... :(
- mulut sangat lah bising kalau dah mula bersembang tu.. tambah2 lagi kalau kita lawan sembang dengan dia.. memang bersahut-sahut lah dia..
- aktiviti menyembur air liur dah bermula balik.. hari tu dah stop dah.. baru 2,3 hari ni dia mula balik.. tak tau lah kenapa.. tak sukaa.. sebab kadang2 tengah dukung dia.. tiba2 jer dia sembur direct ke muka.. habis mekap Mama.. huhu..
- makan.. dah makan solid food sejak masuk 6 bulan.. sangat suka makan.. dan sekarang ni lepas baik demam hari tu.. siang hari sangat kurg minum susu.. sekali je sehari.. lebih suka makan bubur nasik yg Mama bekalkan.. tak pe lah, at least kita tahu ada yg dia makan daripada tak makan apa-apa..
banyak minum susu waktu malam sahaja.. tu pun dalam 2,3 kali macam tu jer..


apa lagi ye nak cerita?
itu je lah kot buat masa ni..
mengisi masa lapang yang ada ni.. sementara tak busy.. baik lah melayan blog ni kan..
nanti dah banyak kerja.. nak update blog pun malas.. hihi..


gambar Sadiq si budak tecit

lama dah tak letak gambar my hero ni kat blog..
semua gambar ni adalah gambar2 dalam henpon aku..
dan kebanyakannya dah letak dalam fb..
sajer lah nak letak kat sini pulak..
sebagai kenang-kenangan untuk aku tengok nanti..
hari-hari datang ofis pun mesti dok bukak tengok gambar Sadiq kat henpon..
rindu sama kamu lah sayang... ;)

masa balik cuti raya di Perlis.. Sadiq bersama walker nyaa.. bermain di porch kat rumah Tok Ayah..

masa ni lah Sadiq dah pandai bermain walker.. letak dia dalam walker lama-lama pun tak per dah.. dah pandai mengawal keadaan.. :)

on d way balik ke Kulim selepas dah habis cuti beraya di Perlis.. Sadiq baru mula demam hari tu.. tapi Alhamdulillah, dia behave jer masa dalam kereta.. sempat lah Mama terlelap.. hehe

1st day di Kulim selepas hari raya.. Mama & Papa ambik cuti sebab badan Sadiq mula panas.. risau nyaa.. so, letakkan tuala basah di dahi Sadiq dengan harapan suhu badan turun..

masa cuti hari Merdeka.. Sadiq lemah jer.. asyik merengek walaupun dah beberapa hari ambik ubat demam, batuk, selesema.. Sadiq masih batuk.. kesian sangat dia..

budak demam yang baru terjaga dari tidur.. terus nak menangis jer masa ni.. badan tak selesa.. kami sangat lah risau sebab Sadiq asyik merengek.. bila minum & makan akan muntah..

masih belum sihat.. nak tidor meniarap jer.. kalo letak ke meniarap macam ni.. kepala pun tak larat nak angkat..

dah sihat sikit.. selepas balik ke Perlis semula untuk berubat dengan Tok Ayah.. relax ja dok duduk dalam kereta.. pastu, tidorr...