sejak dari usia Sadiq 6 bulan 4 hari, aku dah perkenalkan solid food kepada my hero yg comel ni..
dan sampai lah ketika ini.. tak pernah miss untuk aku masakkan bubur nasik untuk dibekalkan kepada babysitter..
cuma yang selalu bermain di fikiran ku adalah, macamana nak pelbagaikan makanan Sadiq.. yang bersesuaian dengan umur dia..
setakat sekarang ni.. aku dah perkenalkan Sadiq dengan pelbagai puree seperti epal, kacang pis hijau, labu, carrot, kentang.. dan juga stok ayam.. tak dilupakan isi ayam..
itu jer lah makanan Sadiq yang sempat dan berjaya aku buat untuk dimakan bersama bubur nasik nyaa..
ayam pun aku bagi masa hari cuti.. yang mana aku masak on the spot dan bagi Sadiq makan..
belum pernah bekalkan ayam untuk hari yang mana Sadiq dihantar ke rumah babysitter..
actually, aku takde idea macamana nak buat untuk bagi makanan Sadiq tahan 1 hari sepanjang di rumah babysitter..
sekarang ni, tiap-tiap pagi aku masakkan bubur nasik.. then, panas2 tu terus aku masukkan dalam termos.. pastu, puree yang beku tu aku masukkan dalam bekas..
dan bila bs nak bagi Sadiq makan, dia akan cedokkan nasik dari termos dan campur dengan separuh puree.. dan nasik akan disimpan balik dalam termos..
maknanya nasik tu akan sentiasa panas dalam termos sampai ke petang..
--selepas beberapa lama entry ni kat dalam draft, mari sambung semula--
pasal protein pulak.. aku dah dapat idea.. aku buatkan puree ayam utk sadiq..
so, tiap2 pagi masa masak bubur nasik, aku akan masukkan seketul puree ayam bersama2 dengan bubur nasik.. sedap jer bau nya..
minggu ni aku dah perkenalkan Sadiq dengan sayuran hijau..
aku mulakan dengan bayam hijau dulu.. nampaknya Sadiq boleh makan bayam..
tapi aku tak bagi lah bayam semata2.. aku campur dengan carrot atau kentang..
hari ni pulak, aku bekalkan Sadiq dengan puree brokoli dan kentang pulak..
hopefully Sadiq suka lah dengan brokoli yer.. :)
stok puree protein pun dah makin berkurangan ni.. puree ayam tinggal seketul jer lagi..
so, malam ni mungkin kena buat lagi.. nak try ikan pulak..
hari tu dah beli seketul salmon nak buatkan puree utk Sadiq jugak..
tapi, tak berkesempatan nk buat.. sebab dh lebih seminggu salmon tu duduk dalam peti sejuk..
maka menjadi makanan mama & papa jer lah yer.. heheh
nanti mama beli salmon lagi untuk sadiq yer... ;)
cerita pasal masa travel pulak..
sebelum ni kalau setakat balik kampung, aku memang bawak bekal puree & beras yg dah diblend balik ke kampung.. terus masak jer..
cuma travel ke tempat-tempat yang tak ada equipment nak masak tu.. belum pernah..
dan kami pun mencuba untuk travel 2 minggu lepas.. masa cuti Hari Malaysia tu..
kami ke KL.. 1 malam menginap di hotel, dan 1 malam lagi tidor kat rumah Yan.. :)
so, nak tak nak.. untuk memudahkan aku.. aku bagi Sadiq makan Cerelac Beras + Buah-buahan..
aku memegang konsep, sekali sekala jer makan yg instant..
bila kat rumah.. no instant.. homemade only..
Sadiq menerima jugak makanan yg instant ni.. nasib baik.. hehehhe..
sejak demam, batuk, selesema yg agak teruk hari tu, Sadiq ni bila siang jer dia kurang nk menyusu..
kalau lapar, dia hanya nak makan.. no susu..
bila hari dah malam, pandai pulak dia nak susu jer..
ish ish.. bijak sungguh anak mama ni..
so, Mama memang tak boleh miss masak untuk Sadiq hari-hari..
no problem Sadiq.. mama rajin je nak masak untuk Sadiq.. masak utk Mama & Papa je yang Mama malas.. hihihi...
p/s: entry tak bergambar.. malas nak transfer gambar yg tak seberapa tu.. hihi
No comments:
Post a Comment