Wednesday, September 05, 2012

cerita pasal raya 2012

lama nya dah aku tak menulis di sini..
sepanjang bulan posa.. memang kemalasan nak menulis blog semakin merudum..
sekarang dah lepas raya.. tapi masih di bulan raya..
nak jugak lah cerita pasal raya..
tapiiii.. sekarang di ofis..
gambar2 raya yang tak seberapa ada di rumah..
hmmmmm...

jadi, kita buat entry kosong jer lah yer...
tulisan tak bergambar..
next entry (kalau rajin) baru aku letak gambar...

nak cerita pasal raya pertama kami bersama hero kecil, Akmal Sadiq..
dan raya pertama untuk Sadiq.. Mama & Papa yg happy nak collect duit raya utk Sadiq..
tahun ni kami beraya di Perlis.. kampung halaman Mama.. yeayyyy!!!
Papa sedih tahun ni.. sebab kami tak berkesempatan balik ke Jengka masa bulan puasa untuk berbuka puasa dengan mak & abah mertua..
sebabnya, Papa adalah bizi dengan assignment dan final exam.. yg mana final exam nya di dalam bulan puasa..
kesian Papa.. takpe Papa.. nanti raya haji kita balik Jengka yer...
tapi paling best, walaupun kami tak dapat balik ke Jengka.. mak & abah mertua datang beraya bersama kami jugak di Perlis masa hari raya ke 3.. (plan yg tiba-tiba ni)
Alhamdulillah.. double happiness..

hari raya 1
bangun pagi, siapkan apa yang patut..
lepas balik solat raya (aku tak gi pun, sbb nanti sapa yg nak jaga hero kecik ku itu), isi perut dulu..
kelaparan.. pastu, tunggu semua bersiap-siap..
sesi bergambar dan bermaaf-maafan..
dan sesi memberi duit raya utk mak, ayah, adik & anak2 sedara ku yg berdua itu..
Sadiq pun dpt duit raya dari semua org.. best best.. :)
lepas tu kami berjalan raya di sekeliling kampung..
tapi sempat beberapa rumah jer lah sebab Sadiq dah mengamuk kemengantukan...
dah la pakaikan dia baju melayu.. dia rimas la tu.. panas..
anak I tu tak tahan panas.. berpeluh2.. mula la nak rimas.. hihi..
pastu, lps tghari tu.. cik mai & family datang beraya di rumah.. 
lama dah tak jumpa.. cik mai pun dah masuk 5 org anak dah..
Alhamdulillah.. murah rezeki mereka..
petang sikit baru lah sambung beraya.. pegi rumah tok sebelah mak dan rumah sepupu..
malam, keluarga mertua kakak pulak datang beraya.. 

hari raya 2
kami berlima (aku, en hubby, sadiq, along, angah).. beraya ke sungai petani..
untuk berjumpa kawan-kawan seUM ku..
so, dapat lah beraya bersama Aizan, Azy & Ina..
best nyaaa.. lama tak jumpa korang..
masa baru sampai SP, abah mertua call bagitau diorang nak bertolak ke Kedah hari tu jugak..
dan kalau kami ada di Kulim, memang diorg akan tidur di rumah kami lah malam tu..
tapi kami nak balik semula ke Perlis..
so, family mertua tidur kat rumah bapak sedara en hubby di Bandar Baharu.. 
kami sampai ke Perlis dah hampir Maghrib..
dalam perjalanan balik, kanak-kanak semua tidur..
senyap sunyi lah dalam kereta.. Mama pun terlentok sama..
Papa memandu bertemankan bunyi radio sahaja.. :)

hari raya 3
aku & family di Perlis buat open house ..
semua makanan dimasak sendiri oleh aku, mak, kakak, sepupu & mak sedara..
menu kami adalah ketupat palas mak (yg mendapat pujian memberangsangkan), rendang daging, nasik minyak, ayam masak merah, asam pedas ikan duri, acar timun, nasik impit, kuah lontong.. cuma sambal bilis yg nak dimakan dgn kuah lontong tak sempat nak buat.. sebab tetamu dah sampai.. hehehe
tapi boleh je makan kuah lontong tu dengan rendang daging.. sedap gak.. hehehhe..
jemputan pulak terdiri dari sedara mara, jiran2 sekampung, kawan2 aku, kawan2 kakak, kawan2 mak, kawan2 ayah, kawan2 adik, jiran2 masa duduk quaters dulu.. dan ramai lagi lah..
dan Alhamdulillah, semua makanan yg kami hidangkan mencukupi dan sold out... takde pembaziran.. legaaa..
next next year boleh buat lagi..
lepas ni tunggu kenduri untuk 1st year birthday Sadiq & akikah dia jugak lah.. maybe nk buat serentak jer nanti..
my in laws sampai ke Perlis dah agak petang.. masa tu tetamu pun dah tak ramai..
so, malam tu diorg bermalam di Perlis..
bersembang-sembang sampai ke tengah malam.. penat asyik kena bancuh kopi.. hehehhe..

hari raya 4
my in laws nak ke Kedah pulak.. so, aku sediakan breakfast pagi tu..
lepas makan, diorg pun bertolak ke Kedah pulak.. 
sambung mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk periuk belanga..
walaupun penat, tapi best sangat buat masak-masak untuk tetamu makan kan..
mak pun suka.. walaupun dalam keadaan dia sakit lutut sendi tu..
petang sikit, aku & en hubby & along pegi ke hotel seri malaysia, kangar..
ada majlis reunion ex-derma batch spm 96..
setelah lebih kurg 17 tahun meninggalkan Sek Men Derma, ini lah reunion pertama yg berjaya dilaksanakan..
dapat lah jumpa kawan-kawan lama walaupun tak ramai kawan-kawan sekelah ku yang hadir..
hopefully, next time akan ada lagi majlis macam ni.. insyaAllah..

hari raya 5
kenduri kahwin jiran sekampung..
kami memang tak ke mana lah.. sebab kawasan rumah ayah jadi tempat parking kereta utk tetamu2 yg datang kenduri..
petang sikit, along & rahmad datang beraya ke rumah kami..
sempat lah sembang-sembang.. macam2 cerita lah yg diborakkan.. :)

hari raya 6
kami ke alor mengkudu, alor star.. ke rumah bapa sedara en suami..
mak & abah mertua buat kenduri arwah di situ..
mak aku pun ikut sekali ke sana..
menghabiskan masa seharian di sana..
lewat petang, kami balik ke Perlis..
dalam perjalanan, my hero kecik tak mau duduk dalam baby car seat..
nak berdukung.. pastu, tak mau duduk belakang dgn aku..
so, masa tu mak aku yg duduk kat depan..
mak pangku lah dia sampai ke Perlis..
ini budak bila dah malam, pandai dia nak tengok lampu..
sebab tu lah nak duduk depan..

hari raya 7
pegi kenduri lagi..
pastu, terus pegi beraya kat kampung yg kami duduk dulu masa kat quarters..

hari raya 8
balik Kulim.. sebab malam tu in laws nak datang tidor kat Kulim sebelum nak bertolak balik ke Jengka pagi isnin..
Sadiq dah mula menunjukkan tanda nak demam.. batuk.. selesema..
oh my anak...
nanti aku sambung cerita pasal kisah Sadiq demam ni.. tragis jugak lah.. huhu..

No comments: