Alhamdulillah.. saya dah sihat.. comel tak saya?? :) |
Mama cakap tak comel.... sebab... jari di dalam mulut...
Sadiq ni tak mau dengar cakap Mama yer.. nanti Mama babap tangan awak tu..
dengan air liur meleleh.. hensem sangat lah gitu yerr..
hari ni, meh nak cerita pasal perkembangan Sadiq yg mana hari ni telah berusia 7 bulan 3 minggu..
lagi seminggu nak masuk 8 bulan...
kejap jer kan.. how time flies... hmmm...
masa Sadiq demam..
-------------------------
Sadiq kena demam, batuk, selesema.. pakej.. :(
so, kami bawak dia gi Klinik Singapore.. klinik pakar kanak-kanak..
memang selama ni kalo Sadiq tak sihat sikit-sikit pun bawak gi situ gak..
bila doctor check, demam takdak.. lagipun dari malam sampai ke pagi sebelum gi klinik tu aku dok tuam je kepala dia dengan kain lembab..
so, suhu badan dia dah turun la..
tapi batuk & selesema memang ada..
bila doctor yang mukanya agak psycho tu check (ekspresi muka doktor tu mendebarkan mak bapak budak).. dia cakap, dengar bunyi kahak kat dalam paru2.. so, kena buat nebulizer untuk cairkan kahak..
Sadiq nangis la masa kena neb tu.. tapi org cakap bagus baby nangis masa tengah neb.. so, rongga2 terbukak.. senang nak keluarkan kahak..
tapi kejap je nangis nya.. bila dia dah selesa tu dia senyap je masa tengah neb..
pastu, bermula lah episod kami melayan ragam Sadiq..
dari hari isnin tu bawak ke jumaat (merdeka day).. tiap2 malam memang tak dapat nak tidor lah kami.. kesian sangat dengan Sadiq.. sebab tidor dia terganggu dengan batuk dia yg berkahak..
masa tu doctor pesan, kalau 3 hari demam dia masih ada.. kena bawak Sadiq pegi xray.. sebab takut paru-paru dia kena jangkitan kuman..
tapi lepas 3 hari demam dia ok.. cuma batuk & selesema masih ada..
macam-macam cara kami buat nak tolong dia keluarkan kahak bila batuk..
boleh refer kat blog ni macamana nak buat.. insyaAllah membantu..
tapi sepanjang minggu tu Sadiq kerap muntah.. minum susu muntah.. makan bubur nasik pun muntah.. kesian sangat kat dia..
sampai nak angkat tangan & kaki pun tak larat.. sedih Mama tengok Sadiq macam tu.. sebab dia sangat aktif sebelum ni.. bila tengok dia lemah macam tu, kita pun lemah jugak.. sedihhh :(
pastu, hari jumaat tu.. dah lewat petang la.. MakTok call bagitau elok jugak kalau berubat cara macam budak kena cacing.. mandi daun akar kayu.. tapi daun daun semua tu mana lah kami tau nak cari..kalau balik kampung boleh laa dapat..
masa MakTok call tu, Papa takde kat rumah.. keluar gi beli makanan.. so, tunggu Papa balik dan bagitau pasal tu.. Papa cakap.. jom balik Perlis malam ni jugak.. (padahal baru je balik dari cuti raya beberapa hari yang lepas.. huhu..)
then, Mama call Tok Ayah tanya dia boleh ke nak balik malam ni.. Tok Ayah kata ok.. ktorg pun terus siap-siap apa yg patut.. terus balik ke Perlis..
on the way balik.. aku bagi Sadiq minum susu.. sebab dia pun mcm lapar jer.. elok je habis minum.. aku angkat dia letak atas riba sebab dia tak mau baring..
tak lama lepas tu.. dia muntah.. habis lah seluar Mama kena muntah Sadiq.. baju Sadiq pun kena..
so, ktorang berenti tepi hiway.. lap-lap apa yg patut.. tukar baju Sadiq dan teruskan perjalanan..
dalam kereta tu Sadiq tido dalam peluk Mama.. sebab dia tak mau baring sendiri..
so, Mama peluk je lah Sadiq yg tengah tido dari Gurun sampai lah ke Perlis.. nasib baik lah posisi tu tak melenguhkan badan Mama.. so, Sadiq dapat tidor dengan selesa..
dalam pukul 11 malam kami sampai ke Perlis.. tok ayah & mak tok dah siap-siap cari daun daun kayu dan rebus untuk nak mandikan Sadiq pagi esok..
malam tu, MakTok yg jagakan buaian Sadiq.. Mama & Papa tidoq tak sedar diri.. huhu..
nasib baik MakTok memahami.. :)
hari ahad kami balik semula ke Kulim.. berbekalkan beberapa jenis ubat penawar yang perlu diberi kepada Sadiq..
Alhamdulillah, Sadiq dah beransur sihat.. batuk & selesema pun dah takde..
dan kembali cergas seperti biasa..
tidor malam pun dah selesa.. lega Mama tengok Sadiq dah sihat..
pastu, Mama pulak yang ambik alih.. demam, batuk, selesema jugak...
dah lah baru start keja baru.. takkan lah dan nak ambik mc hari 1st start keja..
so, bertahan jer lah.. huhu
apa yang Sadiq dah pandai buat sekarang ni?
------------------------------------------------------
- dah pandai main walker sendiri.. meluncur ke sana ke sini.. pegi kat mana-mana tempat yang dia nampak menarik..
cuma petang semalam, Mama nampak dia dah pegi ke meja makan.. dan memegang kain meja.. nervous dah Mama.. ingatkan Sadiq nak menggenggam dan menarik kain meja tersebut.. tapi tidak.. Sadiq hanya memegang dan menyapu-nyapu sahaja kain tersebut.. dan berlalu pergi.. fuhhh!!!
- meniarap dengan keadaan tangan dan kaki di awan-awangan... macam keadaan angkasawan yg dok berlatih terbang tu.. heheh.. tak tau lah apa yg dia nak buat sebenarnyaa..
- menyusur sambil meniarap dengan cara berpusing 360 darjah.. disebabkan sekarang ni suka sangat tidur dalam keadaan meniarap.. Sadiq memerlukan ruang tidur yang besar supaya dia selesa bergerak ke sana sini dalam masa tidur.. jadi... no more baby cot for him... :(
- mulut sangat lah bising kalau dah mula bersembang tu.. tambah2 lagi kalau kita lawan sembang dengan dia.. memang bersahut-sahut lah dia..
- aktiviti menyembur air liur dah bermula balik.. hari tu dah stop dah.. baru 2,3 hari ni dia mula balik.. tak tau lah kenapa.. tak sukaa.. sebab kadang2 tengah dukung dia.. tiba2 jer dia sembur direct ke muka.. habis mekap Mama.. huhu..
- makan.. dah makan solid food sejak masuk 6 bulan.. sangat suka makan.. dan sekarang ni lepas baik demam hari tu.. siang hari sangat kurg minum susu.. sekali je sehari.. lebih suka makan bubur nasik yg Mama bekalkan.. tak pe lah, at least kita tahu ada yg dia makan daripada tak makan apa-apa..
banyak minum susu waktu malam sahaja.. tu pun dalam 2,3 kali macam tu jer..
apa lagi ye nak cerita?
itu je lah kot buat masa ni..
mengisi masa lapang yang ada ni.. sementara tak busy.. baik lah melayan blog ni kan..
nanti dah banyak kerja.. nak update blog pun malas.. hihi..
No comments:
Post a Comment