Thursday, September 30, 2010

buah delima

korang suka tak makan buah delima? aku suka jugak.. dulu masa kecik2, ada 1 pokok delima kat kawasan quarters tempat aku membesar.. jarang-jarang sekali berbuah.. tapi kalo ada sebijik, maka berkongsi lah kami budak-budak yang sama-sama membesar bersama aku dahulu.. best la jadi budak-budak.. heheh..

sejak beberapa tahun yang lepas, aku & en suami selalu jugak makan buah delima ni.. sebab ayah aku selalu beli kat padang besar.. memang sedap.. gebu2 jer rasa.. kalo kena yang manis tu.. memang best sgt.. sambil makan, sambil layan tv @ bersembang.. macam makan kacang jer.. hehe..

minggu lepas ktorang g Giant Kulim.. nak beli barang sket.. en suami selalu usha2 kat bahagian buah2 ni.. lalu terjumpa lah ia dengan buah delima ni.. dia beli sebijik.. harga sebijik adalah RM4.. huhu.. mahal jugak tu.. tapi sebab orang tu teringin sangat.. beli jugak la kan.. hehehe..

ini hasil nya... merah menyala.. marveles.. manis.. rangup.. uishhh.. susah digambarkan.. memang berbaloi harga RM4 tu.. hihi..



korang leh tengok kat sini berkenaan khasiat buah delima.. meh aku letak sket pasal cerita nya..

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

selamat menambah ilmu berkenaan buah delima!! :)

1 comment:

jusdelima said...

nikmati gaya hidup sihat bsma JUS DELIMA pomepure.100% asli.sila layari blog sy http://jusdelima83.blogspot.com @ hubungi aziz 0199311274 @ http://ajih83.pomepureasia.com