Thursday, March 10, 2011

.:||Melts in your mouth ~~ Not in your hands||:.

kepada semua kawan-kawan yg sudi menjenguk ke blog ku ini..
hari ni nak bagitau kat kawan-kawan semua..
secara kurang rasminya, aku dah bukak 1 blog baru..

.:||Melts in your mouth ~~ Not in your hands||:.

http://shaqurachocs.blogspot.com

dengan pembukaan blog ku yg baru ini..
aku nak memulakan satu lagi kemahiran yg telah aku pelajari pada awal tahun 2011 yang lalu..
aku dah belajar membuat coklat..
nak jugak menguji kehebatan diri.. boleh ke tak boleh aku buat kerja-kerja macam ni..
sebelum ni pernah jugak pergi kelas belajar deko cupcake..
tapi, tak praktis.. rasa rugi jer..
insyaAllah, perlahan-lahan akan ku cuba jugak praktiskan nya nanti..

pada awalnya, aku pikir malas lah nak bukak blog baru untuk coklat ni..
nak masuk kan dalam personal blog ku ni jer..
tapi, bila pikir pikir balik.. nanti kan nak tunjuk macam-macam design..
takkan la nak menyemak dalam personal blog pulak..
mensemakkan pikiran la pulak nanti..
oleh itu, baik aku asingkan jer..
baru lah kemas.. :)

aku ambik masa yg lama untuk mula menggiatkan diri dalam pembuatan coklat ni selepas attend kelas hari tu..
rakan-rakan seperjuangan yg sama-sama belajar hari tu, dah mula bisnes coklat masing-masing dah..
tapi aku jer yg tertinggal kapal..
sebab agak sibuk dengan order Popia Simpul Kasih..
so, kena lah fokus 1-1..
sekarang ni agak lega sikit, sebab mak aku juga membantu..
resepi adalah sama.. bahan-bahan pun sama..
sebab stok barang untuk mak aku buat, aku yg belikan..
especially, kulit popia..
kat Kulim masih lagi boleh dapat dengan harga yang mampu milik.. :D
kat Perlis, agak mahal.. tapi kalau dah terdesak kena beli jugak laa..

sekarang ni aku cuba nak fokuskan kemahiran aku untuk membuat coklat..
nak membuatnya mungkin senang.. cuma nak men'deko' nya agak memakan masa..
dan perlu kreatif.. dan juga perlu kemas dan nampak cantik.. :)
aku suka..

sebagai permulaan, sementara aku nak memahirkan diri untuk men'deko' coklat ni..
aku mulakan dulu dengan menjual mold/mould/acuan untuk membuat coklat..
memandangkan harga pasaran yg aku dapat di Kulim adalah rendah berbanding di KL..
sharing is caring kan..
kepada pembuat homemade chocolate di luar sana yg berminat nak beli mold dengan aku..
leh la contact aku yer..
korang gi masuk kat blog baru ku itu..
aku ada letak beberapa design yang aku sendiri dah beli..
dari semasa ke semasa akan ku update lagi senarai tu..
memang banyak lagi design yang cantik-cantik..

buat masa sekarang aku belum tetapkan harga jualan coklat lagi..
sebab nya aku masih lagi mensurvey harga stok yg terbaik.. (murah laaa dan berkualiti)
tapi sekarang ni memang aku banyak fokus pada 1 kedai ni saja..
memang banyak stok coklat & mold kat kedai tu..
memang pada aku agak murah jugak..
cuma harga kotak coklat jer yg agak mahal ..
takper, nanti aku cari dan cari lagi.. :)

malam ni nak buatkan coklat untuk anak buah aku, Along..
esok malam ktorg nak balik Perlis..
so, nak bagi coklat untuk Along celebrate belated birthday dia.. :)
nanti aku update kat ShaquraChocs ya design yang bakal aku porak peranda kan.. hihi..

ok lah..
itu sahaja nak bagitau kat kawan-kawan semua..
marilah support bisnes kecil-kecilan ku ini..

p/s: rasa seronok sangat buat bisnes ni walaupun kecik-kecik.. :)



No comments: