Wednesday, June 15, 2011

pancit

hari dan masa kejadian: Khamis petang minggu lepas
tempat kejadian: parking kereta tempat kerja

selepas berhempas pulas menyiapkan kerja di hari Khamis, pulang agak lewat..
sebab nya esok Jumaat mahu bercuti.. jadi, kerja perlu dibereskan supaya tidak menyusahkan orang lain..
semasa berjalan kaki ke parking kereta, terjumpa dengan 2 orang guard lelaki sedang bersembang-sembang kosong..
malas nya aku nak pandang dan senyum.. terus berjalan tanpa menoleh ke arah mereka..
otak sangat penat ni.. jadi secara automatiknya, badan menjadi bertambah tambah penat..
sesampai di kereta.. lepas letak beg laptop di bonet..
memang menjadi habit, akan ku periksa setiap tayar kereta..
tiba tiba terpandang tayar kereta sebelah pemandu bahagian belakang, flat habis..
dengan kata lain.. pancit laaa..
terus call en suami.. dan memang tahu lah mcmana lah en suami nak datang.. jauh lak tu..
mahu nya masak lah aku nak tunggu en suami datang..
pastu, terus 'ting!!!'.. aku kena mintak tolong guard 2 orang tu lah..
terus aku berjalan ke arah mereka, dengan senyuman di bibir..
aku mintak tolong mereka..
tolonglah tukarkan tayar kereta saya yg pancit ni..

Alhamdulillah.. mereka boleh menolong..
dan mereka dapat menukarnya dengan cepat sekali..
aku rasa tak sampai 1/2 jam pun, dah siap..
mereka pun pelik, mcmana boleh pancit, sebab tayar aku tu tayar baru..
baru jer sebulan lebih aku pakai.. diorang ingat ada org keluarkan angin tayar aku..
sapa pulak la yang nak berdengki dengan aku ni?
lantak lah.. malas nak pikir..

memandangkan tayar gantian tu pun memang untuk sementara jer..
tayar kecik je pun.. atau dengan nama lain dipanggil tayar sotong.. :P
jadi, aku sangat tak yakin nak memandu pulang dari Bayan Lepas ke Kulim..
selepas bertanya kepada guard itu, di mana kedai tayar yg terdekat..
diorang bagitau, kat area Bukit Jambul..
lepas tu, aku call Ima.. then, Ima bagitau kat Permatang Damar Laut..
dekat kedai yang aku tukar bateri kereta masa bateri kong hari tu..
tak tau lah aku ada cerita kat blog ni tak pasal bateri kereta aku kong..
kejadian di parking tempat kerja jugak.. huhu..

lepas tu, aku pun memandu dgn kelajuan kurang dari 80km/j..
menggunakan Garmin, aku memandu ke Permatang Damar Laut..
Alhamdulillah, kedai tayar dijumpai..
mekanik tu terus keluarkan tayar aku yang bocor itu dari bonet kereta..
dia pusing pusing tayar.. dan terjumpa lah tempat yang bocor itu..
dan benda yang menyebabkan kebocoran itu adalah seperti gambar di bawah ini..


sejenis besi..
bahagian yang tajam itu yang menyucuk tayar sehingga kebocoran..
disebabkan tayar aku masih baru..
bunga pun masih belum haus..
jadi, mekanik itu mencadangkan aku menampal sahaja..
dia kata, tampalan yang digunakan itu adalah yang terbaik..
jadi, aku dikenakan cas sebanyak RM25..
Alhamdulillah... lega..

No comments: