Monday, June 20, 2011

plan yang tak menjadi - 1

hari jumaat lepas.. letak status kat FB..

"tengah usha resepi Pulut Sekaya / Seri Muka. tak penah buat lagi. rasa nya nak cuba lah weekend ni. :D"

tapi.. plan itu tidak menjadi pada weekend yang baru jer lepas..

hari sabtu, sebangun nya aku dari tidurku yang lena..
terus ke dapur.. (sblum tu dah cuci muka, berus gigi dan perkara2 lain yang wajib dilakukan laa)
menggapai periuk, masukkan beras..
masak nasik lemak la pagi ni..
suruh en suami ambikkan daun pandan yang tumbuh subur di tepi rumah..
pastu, buat sambal sotong kering, goreng ikan bilis dan rebus telur..


siaplah sarapan pagi kami di hari sabtu..
bukan takat makan pagi.. tengahari pun menu yg sama..
sebabnya, aku hanya masak 1 kali sehari jer.. hihihihi..
kalau masak setiap waktu makan, alamatnya, sapa la nak habiskan lauk2 tu..
makan berdua jer pun..
lagipun, nanti takde masa nak kemas rumah yang tak berapa nak kemas tu..
sempat jugak lah aku membakar lemak selepas makan nasik lemak dengan mengemop 2 bilik di tingkat atas..
sementara en suami sedang membuat assignment.. :)

lewat petang.. kami keluar ke Giant depan rumah..
nak membeli tiket wayang KL Gangster..
so, dapat couple seat, show pukul 9.05 malam..
lepas beli tiket, pegi makan ABC (teringin siot..)..
pastu, balik rumah.. maghrib & lepak2 sebelum pegi balik ke Giant nak tgk wayang..


review aku pasal KL Gangster ni..
- scene gaduh-gaduh, lawan-lawan tu nampak real.. tak nampak macam pakai stuntman pun.. bagus la.. i like..
- watak Malek (Aaron Aziz), samseng yg dah jadi baik lepas keluar penjara.. tapi aku rasa kurang teruja dgn lakonan dia.. tak tau lah kenapa.. even, masa dia berlakon Nora Elena.. kurang menyengat lah pada aku.. :)
- watak Jai (Adi Putra), sangat gangster.. tapi asyik la menggonggong rokok yang tak dinyalakan.. muka memang gangster habis laa..
- watak Bang Long Fadil (Zizan Raja Lawak), kelakar ok dia ni. memang scene dia asyik nak gelak jer. memang menambah ceria dalam cerita ni..
- watak Shark (Shamsul Yusof), betul la macam kata peejburhan.. watak dia memang nak yang terbaik ajer.. pastu, memanjang cakap style Chinese cakap Melayu.. apa guna ntah dia nak cakap macam tu.. macam sangat taiko lah konon nya..

yang lain-lain tu ok lah.. overall, cerita ni agak best bagi aku.. sebab takde lah nampak penipuan sangat bila part gaduh gaduh tu.. cuma beberapa watak jer yang agak spoil.. :D

kepada sesapa yang belum menonton KL Gangster lagi.. boleh lah pegi menonton.. (kami adalah penyokong cerita melayu.. :))

habis menonton, terus balik rumah.. pastu, dah tak ingat buat apa tah.. sampai lah tidur dan bangun keesokan paginya.. :)

pasal planning hari jumaat yg tak menjadi tu, nanti aku ceritakan lagi apa aktiviti aku hari ahad pulak sehingga menyebabkan plan itu masih tak dapat dibuat.. :D


No comments: