Tuesday, January 17, 2012

Masak Lemak Belimbing Buluh & Udang Seroi

last weekend kami yang bekerja di Kedah dapat lah cuti tambahan 1 hari..
disebabkan kami bercuti Sabtu & Ahad, jadi kami dapatlah cuti gantian di hari Isnin..
sebab Ahad tu Hari Keputeraan Sultan Kedah..
di kesempatan itu, dapatlah kami balik ke Perlis.. kampung halaman tercinta.. :)

just nak cerita kat korang yg aku, kakak & mak aku pertama kali nya nak mencuba memasak masakan seperti tajuk yang ku tulis di atas itu.. :)

ni semua sebab hari Sabtu tu pegi makan kenduri kat MATIN .. dan ini adalah salah 1 menu yang dihidangkan.. sangat sedap..

dan kebetulan pulak kat rumah mak aku memang pokok belimbing buloh sedang berbuah dengan lebat nyaa..
so, cuma perlu beli udang seroi (bahasa orang Perlis) ataupun udang kepal (kalau tak salah laa)..
maka.. jadi lah resepi ini.. sangat senang.. dan yang penting.. sedap wooo..


selain dari menu di atas.. kami jugak ada mentarang bakar, ikan terubuk bakar & ikan cencaru bakar..
tak dilupakan sambal belacan mak yang marvelessss...  :)



No comments: