Saturday, October 09, 2010

ke Sg Dua, makan mee udang

masih lagi bercerita berkenaan minggu lepas bersama Aizan's family... merujuk kepada entry itu dan ini..

bergerak dari Kepala Batas.. kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Mee Udang Sri Tambang.. aku dah penah pegi sebelum ni.. dah 2 kali kami makan di sini.. kedua-dua kali adalah sedap mee udang nyer.. tapi pada kunjungan kali ini.. kurang kick la rasa mee udang tu.. ada sesuatu yang kurang.. pada aku, kurang masin & kurang pedas... don't like laaa.. dah la bawak orang lak kan.. sori yer Aizan & Wai, maybe kurang puas hati dengan keenakan mee udang di sini.. hu hu hu.. next time aku bawak gi tempat lain lak..




Wai's copyright


Wai's copyright


Wai's copyright


selepas kekenyangan, bergerak ke destinasi seterusnya... iaitu rumah aku la pulak kan.. mereka bermalam di rumah ku pada malam itu... (best ker tido di rumah ku??)


ni jer 1 gambar yg Wai ambik masa kt rumah aku.. heheh.. Zara yang tembam dan baik.. tp dia susah tido malam tu sebab nyer aku bg Aizan minum Milo Mocha 3 in 1.. hihi.. Zara kan bf, so merasa lah dia Milo Mocha gak malam tu.. sib baik Zara behave kan.. :)


malam tu best tido, sebab hujan lebat.. sejuk jer.. (rumah ku tak ber'ekon')

keesokan pagi, aku masak nasik lemak + ayam goreng for our breakfast.. lps makan nasik lemak.. aku ngantuk lak.. tido jap sblum bersiap-siap untuk jalan-jalan pusing Penang Island lak.. hehehe..



Thursday, October 07, 2010

kenduri kawin di Jitra

sambungan dari entry yg ini..

Selamat Pengantin Baru buat ET & Alem..


pics taken from Wai's FB

ET ni adalah ex-ofcmate Aizan.. lama dah la diorg ni kenal2.. aku pun leh kenal ET ni sebab dulu masa zaman we ols masih anak dara, Aizan penah bawak ET datang bertandang ke rumah sewa ktorg di Jalan Gasing.. pastu, penah la beberapa lagi terjumpa lagi masa Aizan wat open house raya beberapa tahun yang lepas.. so, aku & en suami join pegi kenduri sekali sebab nak menemani Aizan & Wai yang datang jauh2 tu.. sambil jalan-jalan bersama-sama gak lah.. :)


nice decoration kan.. semua putih jerr.. cam tenang jer di situ.. :)

based on cerita Aizan, decoration untuk wedding ni diilhamkan sendiri oleh pengantin perempuan dan family nyer.. simple but nice.. I Like.. :)


dah nak balik.. dapat gift.. isi kandungan nyer adalah sarung bantal warna putih & alas meja putih.. unik ok!!


tengah tulis guest book.. hiasan pada pen itu menutup muka ku yg 'chomel' itu.. hikss


dah nak balik.. sempat lagi bergambar di pintu masuk yg dihiasi dengan kristal berjuntaian.. 


us.. with baby zara yang tembam itu.. :) (lenguh2 tangan aunty dok kendong zara ni..hihi)

lepas selesei semua nyer.. kami bergerak pulang ke Kepala Batas.. keta aku parking kat umah mak Aizan.. selepas itu... ada lagi destinasi kami.. nanti bersambung ke entry seterusnya.... 

nak layan semua gambar, gi tengok kat FB aku yer.. :)

28 Syawal 1431



pic credit to mr google

hari ni adalah 28 Syawal 1431.. esok adalah hari terakhir dalam bulan Syawal.. maknanya, tempoh raya sebulan bakal berakhir.. sebab tu lah ramai sangat yang buat open house last weekend.. best nyer tengok orang buat open house.. aku adalah sangat teringin nak buat open house.. knowing me yg sangat suka masak memasak ni.. (rajin sgt ker??)

disebabkan kami menyewa rumah di sini.. jadi semangat nak wat open house tu kurang laa.. kan best kalo dah ada rumah sendiri kat sini.. huhu.. 

kalo dimurahkan rezeki dan panjang umur, tengok lah tahun depan mcmana.. akan diusahakan untuk mengadakan open house raya supaya raya kami lebih meriah.. hehehe.. (tahun depan giliran raya puasa di jengka.. ishhh.. dh pikir giliran raya tahun depan dah.. huhu)


Monday, October 04, 2010

jalan-jalan pegi kenduri

hari sabtu kami dimulakan seawal 6.30 pagi.. bangun solat subuh.. pastu, tido balik.............

hari  kami bermula semula pada pukul 9 pagi.. hihi.. bangun dari tido dan terus menyidai baju2 yang telah dibasuh pada malam tadi nyaa.. banyak ko!! stok seminggu punyaa.. sekarang ni aku basuh baju hari jumaat malam jer.. sidai pada pagi sabtu.. tapi, kalo nak balik kampung pada hujung minggu, kena lah basuh awal sikit.. seperti basuh khamis malam jumaat dan pagi2 jumaat tu en suami mengambil tugas untuk menyidai..
eh!!! melalut kisah basuh baju la pulak.. hihihi..

hari sabtu kami beragenda untuk ke Jitra.. tapi sebelum tu ke Kepala Batas dulu untuk berjumpa my BFF, Pn Aizan & En Wai.. all the way from KL diorang ni.. nak g wedding ex-ofcmate Aizan kat Jitra.. so, Aizan ajak we ols gi sekali wat teman.. :)

dah siap2 semua di rumah, ktorg keluar rumah kol 10 lebih.. singgah di McD Seberang Prai untuk breakfast dulu.. ngam2 jer sampai McD lebih kurang kol 10.45 pagi.. menu breakfast kan habis kol 11 pagi.. so, masih sempat lah kami membeli menu breakfast.. tapi......... Big Breakfast dah abih dah... huk huk.. tak per lah, kami makan Sausage McMuffin with Egg jer lah.. layan jugak lah..



selepas perut dah terisi.. meneruskan perjalanan ke Kepala Batas.. mengikut guide yg Aizan bgtau.. kami sampai ke rumah mak Aizan dengan selamat dan tepat sekali.. heheheh.. (terer betol laa..)
lepak2 jap kat umah mak Aizan.. sembang2 jap.. kol 12 lebih kami pun memulakan perjalanan ke Jitra.. berpandukan GPS dan jugak menaiki kereta baru yang masih berbau kedai itu.. hehehehe (bukan keta aku yer!!).. kami berlima jer yang pegi.. 2 pasang suami isteri dan seorang bayi comel tembam rambut cacak2.. hi hi hi..

tempat yang dicari adalah Dewan Kolej Heights Utara, Bandar DarulAman, Jitra.. kami membayangkan di situ adalah kawasan kolej tempat student belajar... tapi tekaan kami salah.. bila masuk jer dari guard house 'kolej' itu.. yang kami nampak adalah rumah banglo yang sangat cantik-cantik.. rumah yang dibina di atas tanah lot.. wah!! kawasan orang kaya ni... langsung tak nampak macam 'kolej' pun.. yang aku nampak adalah seperti rumah-rumah di dalam golf resort... mmmm!!! aku musykil.. kenapa dinamakan KOLEJ.. nanti lah aku selidik dan siasat..

cuaca hari ni pulak adalah hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat.. nasib baik la buat kat dewan.. takder lah kebasahan tetamu yang datang..

layan gambar dulu yer...







nanti aku sambung cerita lagi yer... gambar pengantin pun nanti aku cerita kat next entry.. panjang la pulak kalo nak cerita semua kat sini.. mata sudah berat.. mau tido laaa.. 


tahniah yer...

hari ni menanti dengan penuh debar gak la.. kot-kot lah ada luck.. sebab 1st time join contest thru blog ni.. hehe..


credit to en google for the piccas

tahniah kepada http://crochetkakngah.blogspot.com/ kerana menang lucky draw dari http://topsyturvymum.blogspot.com/

jeles aaaa.. nak gak hadiah tu.. takper lah.. blum ada luck lagi kot kali ni.. tapi nak join lagi lah nanti.. heheheheh.. :)




TTM buat LUCKY DRAW!!

~~STICKY POST until 4/10/2010~~

ini adalah contest pertama yang aku join.. memandangkan hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik, tertarik, kebaboommmm... harap-harap lah I am lucky... :D

lucky draw ini dianjurkan oleh TTM.. tengok la hadiah nyerrr.. yummmyyyyy!!!!


CORELLE DinnerWare u olssss... harus lah teruja di situ.. huhu..

untuk memenuhi syarat-syarat penyertaan.. aku copy paste apa yang ada dari blog TTM..
=====================================================================



TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!


INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!














16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.
















Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.


kepenatan

kepenatan betul malam tadi.. sampai rumah kol 9.. sambil relax2 kan badan.. tengok tv.. belum mandi.. tiba2 jer aku tertido depan tv.. en suami lak sempat melayan tv sampai kol 10 kot.. bila aku tersedar kol 1 pagi, tengok2 dia pun terbongkang sama ngan aku.. tv tutup.. tapi lampu tak tutup.. agak nya dia pikir nak tido jap je kot.. at last, kol 3 pg aku bgn g toilet, en suami bangun hampar toto.. hahaha.. terus lah kami tido jer kat bawah.. dah tak larat nak naik ke atas.. naper eh ktorg penat sangat? nanti aku cerita eh.. banyak agenda di hari minggu ini.. melayan my BFF yang all the way from KL come to Penang/Kulim.. :)

banyak gambar nak tunjuk ni.. nanti aku wat new entry eh! nak layan keje jap... :P

p/s: no mood of working bcoz of MONDAY!!! (kesian MONDAY disalahkan)


Friday, October 01, 2010

masalah!!!

besar sangat ker masalah aku ni?? hihihi... masalah di blog yer.. bukan masalah peribadi aku.. :)


korang guna counter dari mana eh? aku guna dari http://www.totallyfreecounters.com/ .. aku perasan dah lama dah masalah ini berlaku.. tapi aku malas2 jer lagi nak godek2.. tiba2 hari ni angin nak menggodek rajin pulak.. akan ku tukar counter itu ke yang lebih bagus.. biler click ke link counter tu, keluar error sebegini...

Network Error (tcp_error)
A communication error occurred: "Connection refused"
The Web Server may be down, too busy, or experiencing other problems preventing it from responding to requests. You may wish to try again at a later time.

For assistance, contact your network support team.


aishhhh... ini macam sudah takder jer website ni.. apa aku nak buat eh? rugi jer lah bilangan counter yang dah terkumpul selama ni.. kalo guna counter baru.. makna nya it starts from 0.. :P.. akan ku pikirkan lah nanti macamana..


lagi satu masalah yang timbul adalah di kawasan linked me ni..

bila aku pegi ke site http://referer.org/ , dah tak nampak dah page dia yang macam dulu.. yang keluar hanyalah HTML coding yang ntah apa apa tu.. ish ish.. down ler tu kot... tapi dah lama owh macam ni.. memang dah lama jugak perasan yang list tu tak keluar.. yang ni pun harus digodek2.. samada aku remove or carik alternative lain.. huhu..