Monday, October 04, 2010

jalan-jalan pegi kenduri

hari sabtu kami dimulakan seawal 6.30 pagi.. bangun solat subuh.. pastu, tido balik.............

hari  kami bermula semula pada pukul 9 pagi.. hihi.. bangun dari tido dan terus menyidai baju2 yang telah dibasuh pada malam tadi nyaa.. banyak ko!! stok seminggu punyaa.. sekarang ni aku basuh baju hari jumaat malam jer.. sidai pada pagi sabtu.. tapi, kalo nak balik kampung pada hujung minggu, kena lah basuh awal sikit.. seperti basuh khamis malam jumaat dan pagi2 jumaat tu en suami mengambil tugas untuk menyidai..
eh!!! melalut kisah basuh baju la pulak.. hihihi..

hari sabtu kami beragenda untuk ke Jitra.. tapi sebelum tu ke Kepala Batas dulu untuk berjumpa my BFF, Pn Aizan & En Wai.. all the way from KL diorang ni.. nak g wedding ex-ofcmate Aizan kat Jitra.. so, Aizan ajak we ols gi sekali wat teman.. :)

dah siap2 semua di rumah, ktorg keluar rumah kol 10 lebih.. singgah di McD Seberang Prai untuk breakfast dulu.. ngam2 jer sampai McD lebih kurang kol 10.45 pagi.. menu breakfast kan habis kol 11 pagi.. so, masih sempat lah kami membeli menu breakfast.. tapi......... Big Breakfast dah abih dah... huk huk.. tak per lah, kami makan Sausage McMuffin with Egg jer lah.. layan jugak lah..



selepas perut dah terisi.. meneruskan perjalanan ke Kepala Batas.. mengikut guide yg Aizan bgtau.. kami sampai ke rumah mak Aizan dengan selamat dan tepat sekali.. heheheh.. (terer betol laa..)
lepak2 jap kat umah mak Aizan.. sembang2 jap.. kol 12 lebih kami pun memulakan perjalanan ke Jitra.. berpandukan GPS dan jugak menaiki kereta baru yang masih berbau kedai itu.. hehehehe (bukan keta aku yer!!).. kami berlima jer yang pegi.. 2 pasang suami isteri dan seorang bayi comel tembam rambut cacak2.. hi hi hi..

tempat yang dicari adalah Dewan Kolej Heights Utara, Bandar DarulAman, Jitra.. kami membayangkan di situ adalah kawasan kolej tempat student belajar... tapi tekaan kami salah.. bila masuk jer dari guard house 'kolej' itu.. yang kami nampak adalah rumah banglo yang sangat cantik-cantik.. rumah yang dibina di atas tanah lot.. wah!! kawasan orang kaya ni... langsung tak nampak macam 'kolej' pun.. yang aku nampak adalah seperti rumah-rumah di dalam golf resort... mmmm!!! aku musykil.. kenapa dinamakan KOLEJ.. nanti lah aku selidik dan siasat..

cuaca hari ni pulak adalah hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat.. nasib baik la buat kat dewan.. takder lah kebasahan tetamu yang datang..

layan gambar dulu yer...







nanti aku sambung cerita lagi yer... gambar pengantin pun nanti aku cerita kat next entry.. panjang la pulak kalo nak cerita semua kat sini.. mata sudah berat.. mau tido laaa.. 


No comments: