tiba2 aku rasa ingin meluahkan rasa isi hati ku di sini.. told to my hubby already.. tp cam rasa blum puas.. rasa nk jugak mencoretkan di sini..
apa erti kawan.. apa erti sahabat.. entah lah.. aku xtau apa tafsirannya.. cuma aku rasa adakah aku benar2 jujur dalam berkawan atau bersahabat.. bagi aku ada nya kawan @ sahabat sangat penting bagi aku.. selain dari keluarga sendiri.. kawan @ sahabat merupakan tempat untuk aku bercerita dan berkongsi masalah yg aku hadapi.. x semestinya aku nak mereka selesaikan masalah aku.. aku mahukan tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa.. apa yang aku alami.. bagi manusia seperti aku.. aku jenis manusia yang tidak boleh untuk memendam masalah seorang diri.. aku perlukan tempat untuk aku bercerita.. dengan cara ini aku dapat meringankan apa yg terbuku di fikiran ku.. mmg betul.. ini lah cara aku..
berbanding di masa aku masih bersekolah.. aku terlalu menyimpan rahsia.. sebab aku rasa keluarga aku x sehebat keluarga orang lain.. aku menganggap kehidupan kami amat berbeza dengan org lain.. apa sahaja masalah yang aku alami.. aku mengambil langkah berdiam diri.. mmg pengalaman aku di masa muda remaja amat banyak sekali.. pahit manis.. bermacam2.. tp biarlah itu menjadi sejarah aku dan keluarga ku sahaja.. hanya orang2 yg tertentu yg aku anggap sebagai kawan @ sahabat sahaja yang aku ceritakan..
sejak aku mula belajar di UM dan bermulalah episod aku menetap di KL dan berjauhan dengan keluarga.. dari sini lah aku betul2 memerlukan kawan @ sahabat yg boleh berkongsi susah senang bersama.. alhamdulillah, aku belajar berdikari.. smpi lah biler aku dkt2 nk masuk final year.. baru lah aku bercouple ngan cik abg ai.. huhu.. indah nyer dunia masa ni.. ye la kan my first love kan.. ehhh.. this topic aku nk story psl kawan @ sahabat.. bknnyer psl zaman berchenta aku laa.. another entry lah.. huhu
skrg ni bila dh kawin.. dh 5 thn lebih kawin.. bg aku kawan @ sahabat masih lg penting.. mereka2 ini lah tmpt aku nk gosip2.. nk cerita ceriti.. dan aku jugak ambik berat dgn kawan @ sahabat yg btul2 rapat dgn aku.. namanyer pun kita berkawan @ bersahabat kan.. of coz la we have to know each other kan.. care each other.. aku gk terpikir adakah aku ni kawan @ sahabat yg baik? yg disenangi? yg disukai? yg tu aku x boleh la nk bg jwpn.. sbb nya mana aku tahu hati org kan.. hati aku pun org lain mana tahu kan.. even kalo aku menipu dengan gaya yg amat confident.. org xkan tahu yg aku menipu.. :)
oklah.. penat dh aku membebel ni.. will continue later.. nk tido jap.. weekend beb.. layan mata best ni.. :D
1 comment:
Sejak tamat sekolah menengah... Kak AZIE tak pernah lagi ada kawan rapat... sahabat rapat wanita langsung tiada.. (rapat dlm ertikata leh simpan rahsia)
Hingga ke hari ini...
Kerana lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding wanita... sbb tak perlu bercerita perkara rahsia... hihihi... Belajar menyimpan sendiri.
I've my own reason... hehehehe..
Post a Comment