Instagram

Wednesday, August 03, 2011

Puasa Hari 2

dah selesai bersahur untuk puasa hari ke 3..
makan makanan yang dimasak masa berbuka hari ke 2..
terlebih masak pulak. susah pulak nak bajet kan..
hopefully, hari ni dapat masak yang tak berlebih-lebih laa.. :)

untuk buka puasa hari ke 2, aku masak Spagheti Bolognaise dan cucur cempedak goreng..
cempedak tu bawak balik dari Perlis.. ayah aku bagi..
ulasnya sangat besar besar.. dah lama teringin nak makan cucur cempedak..
maka tertunailah hasrat tu hari ni.. :)

gambar makanan buka puasa hari ke 2 tak snap pun..
sebab nya.. boleh pulak masa pukul 7.20 malam tu, takde elektrik pulak..
satu taman perumahan ni takde.. sehinggalah masa kitorang berbuka pun masih lagi takde..
so, ber'candle light dinner' lah kami..
lepas bukak puasa, en suami call TNB.. katanya ada kerosakan kat pencawang Taman Selasih..
dan ambik masa 2,3 jam nak betulkan..
adess!! dah la panas ni..
lepas dah kenyang perut, naik atas lah mandi-mandi.. solat dan baring-baring dulu sementara tunggu ada elektrik..
pukul 8.20, letrik dah ada balik.. yahooo!!!

ok lah, itu jer nak cerita.. bye bye..


No comments: