hari-hari aku bukak jer blog aku ni.. belek-belek dan tekan link 'New Post'.. pastu, terus tutup sebab idea nak bercerita ada.. tapi malas yang melanda.. kenapa yer? dengan keadaan aku tengah selesema lak sekarang ni.. sejak balik dari Cameron Highland hari tu lah ni.. sampai ke hari ni.. masih lagi selesema aku tak hilang.. bila nak tidor jer, aku makan ubat.. baru lah boleh tidor dengan selesa...
pastu lak, sejak dari semalam.. masa on d way ke ipoh, kedahagaan sangat terasa.. boleh dikatakan sepanjang masa tekak aku kering jer.. (sampai lah ke saat aku tengah menaip entry ni) asyik nak kena minum air jer.. bahang panas agak terik di luar.. duduk dalam kereta bukak aircond full blast.. lagi lah tekak cepat kering..
banyak yang nak cerita kat korang pasal aktiviti aku minggu lepas dan minggu ni.. tapi, apa nak buat.. KEMALASAN menguasai diri aku buat masa ni.. bosan lah korang dok baca pasal citer aku MALAS jer kan.. tapi tak best pulak bila tengok blog aku tak berupdate.. aku sendiri lak yang rasa bosan.. biler bukak tengok takder update pun.. huhuhu..
ok lah.. aku nak tido.. ahad dah nak habis.. isnin bakal menjelma.. makna nya, esok keja laa.. huk huk huk.. biler lah aku nak menjadi seorang pekerja yang boleh bekerja di rumah, income masuk setiap bulan sekurang2nya sepertimana income yang aku dapat sekarang.. aku tak perlu lagi nak memandu kereta pegi keja setiap hari.. aku nak live macam tu.. boleh ker? tolong lah bagi cadangan bernas kat aku.. boleh ker aku jadi macam tu? tolong tolong tolong lah aku.. :(
No comments:
Post a Comment