Tuesday, June 15, 2010

Trip to Cameron Highland

last weekend.. sabtu, ahad & isnin.. kami bersama-sama dengan family sebelah en suami ku telah mengadakan trip ke Cameron Highland.. perancangan adalah pada awal tahun ini dan mencari masa yang sesuai iaitu masa cuti sekolah.. sebab anak sedara yang sulung dah bersekolah dalam darjah 1.. so, takkan lah nak ponteng sekolah lak semata-mata nak pegi bercuti..

kami berdua bertolak dari kulim.. manakala mereka yang lain bertolak dari jengka 22 termasuk lah adik ipar ku yg bekerja di KL, balik ke jengka semata-mata nak makan durian sebelum datang ke CH.. ini membikinkan kami berdua yang di kejauhan ini jeles.. huhu.. sib baik lah mertua ku ingat kat kami.. tetap jugak bawak durian untuk santapan kami.. walaupun yang dah berkupas.. tapi, aku tetap makan dengan lahap nyaa.. aku & en suami adalah penggemar durian yang sangat kronik.. hahahaha..

kami dalam perjalanan ke CH.. naper muka kami masam jer ni??

ok ker aku pakai tudung ala syria tu aaa.. muka aku nampak sangat bulat.. tapi aku teringin gak nak pakai.. fyi, tudung tu baru jer dibeli di pasar malam.. malam sebelum pegi CH.. gediks dah nak pakai.. hihi..

awan agak mendung.. tapi cerah jugak sikit-sikit.. kerisauan akan hujan mula terasa.. hujan malam ok laa.. bertambah2 sejuk la kt CH nanti..

kami selamat sampai di CH pukul 12.30 tghari.. jalan di atas sana adalah jammed.. tambah2 lagi kat pekan Brinchang.. kereta & bas adalah banyak... kami teruskan perjalanan ke Tanah Rata.. kami dah booking Apartment Greenhill (part of Heritage Hotel).. family dari Jengka belum sampai lagi.. jalan agak sesak dari Tapah.. sementara menanti family sampai, kami makan tengahari (sikit jer) berdua jer di Tanah Rata.. pukul 2 ptg, kami diberikan kunci apartment dan pada masa yg sama jugak, family kami sampai.. terus check in ke apartment dan prepare untuk makan tengahari sekali lagi dengan lauk yang dibawak oleh ibu mertua ku.. :)

lepas lunch, lepak2 kejap... dalam pukul 4 lebih, kami keluar berjalan-jalan.. destinasi pertama adalah MARDI.. sangat dekat la dengan apartment kami.. beruntungnya hari ni, tiket masuk MARDI adalah percuma sebab kebetulan pulak diorang buat hari bersama pelanggan.. kalau tak tiket untuk dewasa adalah RM3 seorang.. orang kat MARDI cakap, kalau datang tengahari, dapat makan free jugak.. sebab diorang sediakan makanan.. rugi rugi.. hihiihiihi..

gambar-gambar semasa di MARDI..







en suami yang sibuk ambik gambar tumbuh-tumbuhan..

yours truly yg terpaksa ambik gmbr diri sendiri sebab en suami sibuk ambik gambar pokok.. hehehe..


lepas habis jalan-jalan kat MARDI, kami menuju ke pasar malam pulak.. jalan agak jammed.. ditambah pulak dengan cuaca hujan .. mula-mula takde lah lebat sangat, kami pun dengan gagahnya berjalan jugak di pasar malam dalam keadaan hujan.. lama-lama makin lebat lak.. agak kebasahan lah jugak kami semua.. dah la air hujan di CH adalah sejuk.. hehehe..

balik apartment, masak untuk dinner lak.. :)

nanti aku sambung lagi lah.. penat dah menaip ni..

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.