Instagram

Thursday, August 12, 2010

aku yang lemau

semalam aku kuar ofis kol 4.45 ptg.. smpi betul2 di depan rumah kol 5.45 ptg.. en suami tengah menyabit rumput di halaman rumah.. dah lama tak hiraukan hal rumput2 yang tumbuh panjang di halaman.. nak mintak tuan rumah simenkan je lah tempat2 berumput tu.. abih cerita.. tapi.. kalo simen, cam ner pulak pokok serai, pokok pandan, pokok kari, pokok limau purut aku nak hidup.. lagi satu lupa, sebatang pokok pisang.. hihihi.. giler excited tanam pokok masa awal2 duduk situ.. sekarang ni.. tak sempat nak jaga.. takat siramkan je lah.. tu pun en suami la yang rajin hal-hal menyiram pokok.. aku agak malas.. aku suka komen je.. hihihihi..

kol 6 lebih, ktorg keluar ke pasar ramadhan nak mencari juadah untuk berbuka.. pilihan hari semalam adalah ke pasar ramadhan berdekatan stesen bas Kulim.. banyak gerai.. ramai orang.. dan banyak jugak lah gerai yang dah siap kemas-kemas.. dah abih jualan nya.. Alhamdulillah.. ktorang beli la jugak kuih muih.. dan nasi daging dalca + air asam.. tapi.. nasik tu agak lembik.. kembang tekak aku makan.. adess..

hari ni macam berazam nak masak sendiri jer lauk utk berbuka.. g param utk beli kuih2 je.. agak2 boleh ke?

malam tadi pun aku cam lemau je.. lepas berbuka.. naik atas rehat2 jap.. pastu, mandi & solat maghrib.. pastu, p tengok laptop sat.. pastu, turun bawah... layan tv kejap & tertido.. smpi lah kol 11.30 en suami kejut ajak naik atas.. nasik utk sahur pun en suami yg masak.. tak tau lah naper aku lemau sgt.. aku rasa badan aku panas sangat kat dalam.. sampai ke pagi ni pun aku rasa macam tu.. kepala sakit, tapi tak makan ubat pun.. sebab tu tido jer.. dengan harapan boleh meredakan sakit kepala.. tapi bangun pagi ni, masih lagi terasa.. tapi tak lah seteruk malam tadi..

kol 4 lebih en suami ajak bangun sahur.. aku goreng telur jer lah.. itu je lah menu sahur kitorg.. tapi bertambah gak aku makan.. hihihihi..

harap2 hari ni lebih baik dari semalam.. nak usha2 resepi best2 sket.. kot2 bersemangat nak balik masak petang nanti.. :)




2 comments:

Dong, Dia & Azra said...

Ko dah check belom? Semacam je lemau nih. Hihi.

Aizura said...

aku x check pun lg.. huhu..