korang penah tak berpengalaman sedang memandu kereta seorang diri dan ditemani oleh seekor nyamuk yang bersiar-siar di dalam kereta? pengalaman seperti itu memang agak kerap jugak aku alami.. sangat menyakitkan jiwa OK..
selalu nya tiap-tiap pagi aku akan hidupkan enjin kereta dan tunggu beberapa minit sehingga enjin panas.. masa tu pintu keta akan terbuka sikit.. tapi selalu nya aku akan pastikan pintu kereta ditutup serapat mungkin tapi tak betul2 rapat (paham ke? buat-buat paham je lah..) dan selalu nya sang nyamuks tak akan dapat menembusi masuk ke dalam kereta..
tapi kejadian pagi ini.. lepas aku hidupkan enjin.. aku gi bukak bonet belakang keta.. nak simpan kasut aku.. sekali ada lak sekor nyamuk yg betul tengah tunggu masa aku bukak bonet jer, menerpa masuk ke dalam kereta.. ish.. geram nye aku..
lepas enjin kereta dh panas, aku memulakan perjalanan lepas salam peluk cium en suami.. (ahakss!)
bermula lah episod aku memandu keseorang ditemani seekor nyamuk yang sangat tak reti duduk diam bila di dalam kereta.. aku bukak cermin tingkap soh kuar pun tak nak.. sakit nyer hati.. dah jadi tak selesa la aku memandu bila nyamuk tu kejap-kejap datang berterbangan di depan mata aku... bila berenti trafic light, mula la aku menepuk sana sini.. tapi tak kena jugak.. (tapi sebelum ni penah kena.. sebab nyamuk tu mabuk)
akhirnya, aku meneruskan jugak perjalanan tanpa menghiraukan nyamuk durjana itu bersiar-siar di dalam kereta ku.. bila dah naik penang bridge.. aku perasan nyamuk tu dah tak datang kat aku dah.. ntah mana dia menyorok la tu.. lantak ko lah.. petang nanti nak balik, mesti ada lagi nyamuk tu.. tapi berdasarkan pengalaman lepas, masa tu nyamuk tu akan kelemahan dah.. nak terbang pun dah tak berapa terdaya.. ko bayangkan 8 jam lebih duduk dalam kereta.. ko nak hisap apa kan?? masa tu lah aku boleh mengorbankan dia daripada dia menghisap darah manis ku ini... hahahahahah...
itu lah kisah aku & nyamuk.. :D
2 comments:
haha sabar jelah kan... ade opismate aku yg eksiden kena rm1k++ hanya kerana nk tangkap nyamuk ni... jgn main2!
kejam - kejam . patut la anak aku tak balik rumah . rupanya cik zura dah bunuh anakku . waaaaaaaa . akan ku menuntut balas atas kematianku hik hik hik
Post a Comment