Instagram

Wednesday, March 17, 2010

self confidence

tadi petang, masa aku sedang memandu pulang dari keja.. sesuatu yang aku terpikir.. pikir tentang diri aku.. pikir tentang self confidence.. ini adalah berkenaan kerja..

sebelum ni, pengalaman aku bekerja adalah dengan local company yang mana majoriti adalah melayu.. dan juga mengambil projek2 dari kerajaan yang mana majoriti adalah orang melayu jugak.. so, bila masuk ke meeting room, aku selalu nya mewakili pihak company aku dalam mengetuai pasukan pembangun sistem (system development).. adesss!! tiba2 nak dimelayukan semua pulak.. hehe..
so, masa tu aku memang rasa sangat confident bila berhadapan dengan user dan sapa2 jugak la untuk membentangkan berkenaan sistem yg team aku buat.. sangat takde masalah pada aku masa tu.. tp masa awal2 tu kekok jgk laa.. sbb selalu nya kerja belakang tabir.. bila kena depan tabir ni, kena handle macam2 perangai orang.. tp alhamdulillah, aku menjadi sangat yakin pada masa tu.. tambahan pula bercakap menggunakan bahasa melayu.. lagi lah lancar jer kan.. campur2 lah english 2,3 patah..

sekarang ni, sejak bekerja dgn international company yang rata2 pekerja nya adalah berbangsa cina & india.. bahasa perantara adalah english.. aku kena mula menambahkan keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa inggeris.. menulis & bertutur adalah sesuatu yg berbeza.. menulis, boleh padam kalo salah.. bila bertutur, once dah keluar cakap, harus lah kena lancar.. lainlah kalau environment aku rata2 nya bertutur dalam english, mungkin tak menjadi masalah.. padahal dh brp tahun pengalaman keja ni.. tapi masih mencari keyakinan diri.. hehe.. tak kisah lah apa korg nak katakan.. tp itu lah yg aku pikirkan.. mungkin dgn menulis di sini, aku akan selalu ingat dan menanam banyak2 keyakinan ke dalam diri aku.. ada kalanya aku boleh jer speaking dgn baik, tp kdg2 datang jgk kekok & mcm ada ketul emas dalam mulut.. susah nak bukak mulut, tambahan bila masa meeting.. tp insyaAllah, aku akan cuba dan cuba dan cuba lagi.. perlu melonggarkan rahang mulut selalu dgn bahasa inggeris.. barulah aku boleh.. :)

3 comments:

Dong & Dia said...

Aku pon ada masalah yang sama. Kadang2 ok je kan main omputeh aku speaking tapi time yang lain plak tetiba kelu lidah nak berkata. Bley?

Tapi ko banyakkan practise, makin lama sure terer. Sejak aku keje kat co. kerang ni, aku rasa english aku dah makin okay kot. Boley la kalau takat nak paham apa omputeh tu cakap kat aku. Nak balas balik belom tentu. Hehe. Pelan2 kayuh.

Aizura said...

practise make perfect.. aku kena selalu exercise rahang aku supaya longgar sket bila nk ckp omputeh.. hehe

nor rahayu ngatirin said...

chaiyok zura!! aku pun bahasa perantaraan, omputeh. ngajar gak guna omputeh.. mmg btol practice byk2, insyaAllah ok..