Wednesday, January 26, 2011

Nak membebel jap.. :)

Alhamdulillah, sampai ke hari ni.. sejak entry ini dipaparkan..
order popia tak putus2..
Berjaya jugak aku membahagi masa..
malam2, pas balik keja.. aku pun memulakan lah projek menyimpul popia..
sebelum ni, masa tu digunakan untuk melayan internet..
layan blog, layan facebook.. layan browsing apa2 saja..
sekarang ni aku gunakan masa tu untuk menyimpul popia sambil tengok tv.. J

Terima kasih kat en suami kerana memberi kerjasama.. J

Ada lagi satu projek yang bakal dimulakan nanti..
iaitu projek membuat coklat pula..
dah penat-penat gi belajar hari tu kan..
haruslah dipraktikkan.. nanti rugi jer..
barang2 semua dah beli.. Cuma nak cari masa terluang jer nak mula praktis..
oh!! Masa mencemburui aku..
sekarang ni pulak, banyak pulak keja kat ofis..
jarang nak dapat balik kol 5 tepat..
kadang2 kol 5.30, kadang2 kol 6.. kadang2 kol 6.30.. huhu...
kalo jalan tak jem, tak la kisah sangat..
kalo kuar lambat jer, mesti jalan tambah jem..
kalo sempat kuar kol 5.. memang agak heaven la keadaan trafik..
agak lancar.. dlm 1 jam dah boleh sampai rumah..
kalo lambat.. lebih 1 jam baru sampai rumah..
kadang2 boleh mencecah 2 jam... L

buat masa sekarang ni, semangat berbisnes kecil-kecilan aku masih berkobar2..
semoga dipermudahkan urusan ini oleh Allah swt.. Amin...
dah lama mengidamkan buat bisnes ni..
tapi cuba mencari peluang yg sebaiknya.. J

Tapi... ada tapi lagi... :D
aku jadi malas nak masak2 kat rumah.. hehehhe..
walaupun di hari minggu... J
kat peti sejuk di rumah tu agak banyak la bahan2 mentah..
hari tu la gatal nak membeli.. dah tu, tak termasak la pulak..
mm.. rasa nya weekend ni, aku angkut jer lah bahan mentah tu balik perlis..
mintak mak aku masakkan.. heheheh..
idea yg bagus gak tu..

Ok lah.. tu jer nk membebel.. sbb dh lama tak membebel kt blog terchenta..

p/s: harap2 sangat hari ni dapat balik kol 5 tepat.. selalu nya dekat2 nak balik, mula la user nak raise issue... L

2 comments:

Marini said...

Alhamdulillah, tahniah Zura dah start meniaga.. kekadang meniaga ni x perlu modal rm besar.. cukup dgn basic skill/pengalaman, n paling penting kesungguhan nak buat.. semoga terus sukses..

Marini

Aizura said...

hi marini, thanks for dropping by.. :)
setakat sekarang ni semangat masih berkobar2.. semoga terus menerus la semangat tu kan.. :)