Thursday, December 02, 2010

Hari ini hari khamis

Hari ni baru hari khamis..
tapi kan.. dalam kepala otak aku asyik dok plan..
apa nak buat weekend ni..
banyak sangat agenda yang dirancang..
tak tau lah menjadi ke tak..
sebab nyer weekend ni ktorang akan berada di kulim..
tak balik kampung mana2.. yahooo!!!
leh memanjakan diri dengan apa2 yg diingini.. ahakss.. boleh gitu!!

Yg terlintas dalam kepala otak aku sekarang ni..

  1. Esok malam, nak gi tengok wayang.. rasa nya nak tengok citer Ngangkung
  2. Sabtu pagi, nak gi buat alignment & balancing tayar kereta aku.. samada kat kedai biasa atau pegi servis center kat Bagan Ajam
  3. Nak masak spagetti carbonara.. (mungkin utk breakfast pagi sabtu.. :D)
  4. Nak buat Cheese Tart @ Cream Puff (nak jadi ke tak ni.. huhu)
  5. Nak gi usha henpon baru.. (angan2 jer.. tak tau lah mampu ker tak)
  6. Nak g Expo PC kat PISA, Penang.. (kalo rajin laa!!) nak usha grafic card desktop & digital camera (angan2 gak ni.. :P)
  7. Rasa nak makan ikan bakar laa.. mungkin kat Kepala Batas..
  8. Rasa nak gi makan kat restoran arab yg Ima cakap ari tu.. dekat USM.. (kalo sempat jugak..)

Eh eh!! Byk jugak list aku ni..

Biler masa en suami nak study.. en suami akan exam pada 10hb Dis..

Sian en suami.. nak study lg.. nak layan permintaan bini lagi.. hihi.. (sekali sekala jer ni.. )

Tengok lah, yg mana mampu aku korbankan.. entah2 satu pun tak jadi..

Korang lak.. apa plan!!


 

2 comments:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

nmpak gayenye kami pun dok kat umah je minggu ni sbb ibu nak kene siapkan tempahan coklat yang menimbun..huhuhu..sabau aje lah!

akak ade kat kulim tak 16 ngan 17 dis? kami plan nak kesana..18hb tido umah adik ipar pulak..

Aizura said...

insyaAllah ada jer.. lgpun hari bekerja kan.. :) datang lah tido kat rumah akak yer..

sara, nanti jangan lupa bawak coklat ibu sekali yer untuk aunty.. teringin sangat aunty nk rasa.. :D