Instagram

Thursday, October 28, 2010

cukur jambul Aqil

sabtu lepas, kami balik ke Jengka dari KL.. 2 jam perjalanan.. Alhamdulillah selamat sampai pukul 9 malam.. semua dah ada di sana, cuma kami ber3 (aku, en suami, adik ipar) yang baru sampai.. melengkapkan bilangan ahli keluarga.. :)

tujuan balik adalah disebabkan kakak ipar aku nak wat majlis cukur jambul anak nya yg ke5.. Nik Mohd Aqil.. chomel.. mata sepet.. hehe..
plan pun dah last minit dan kebetulan pulak kami ber2 dah memang nak ke KL masa tu.. alang2 boleh la terus jer balik ke Jengka.. kalo tak ke KL, memang tak dapat la nk menghadirkan diri ke kenduri tersebut..

aku sempat snap gambar anak buah yg baru ni 2 keping jer.. masa kenduri diadakan, kamera dok dalam bilik.. en suami tak sempat nak ambik, orang marhaban dah datang.. terus block pintu bilik.. huhu.. gambar dari kamera baru bapak mertua ku banyak laa.. siap ada video lagi.. hehe..

ini lah Aqil.. chomel kan saya!!



majlis Alhamdulillah berjalan lancar.. antara menu yang dihidangkan adalah, Kurma Ayam + Gulai Ikan Duri + Masak Asam Rong (mskn pahang ni.. x sure ejaan nyer) + Sambal Belacan.. sedap!! hasil kerjasama gotong royong penduduk 1 blok..

p/s: biler ada majlis cukur jambul anak sedara, kami berdua suami isteri menjadi mangsa dipersoalkan bila pulak giliran kami.. aku dah naik bosan nk dgr soalan2 dan nak menjawab.. :P .. pakcik makcik semua.. belum rezeki kami.. bukan kami tak nak.. apa nak buat.. bukan senang nak buat anak.. :D


No comments: