Monday, May 31, 2010

Happy 7th Anniversary to Us

baru jer lepas wish anniversary kat en suami ku yg terchenta.. dah 7 tahun dah.. Alhamdulillah, kasih sayang cinta kami masih kekal.. setiap tahun, impian aku bila sampai nyer tarikh anniversary kami.. masih sama.. masih seperti dulu.. you know.....

semoga kami dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh, dipanjangkan umur, dikuatkan iman, diberkati oleh Allah atas apa yang kami lakukan di muka bumi ini.. kami mengharapkan sinar kebahagian terus kekal di dalam rumahtangga kami yang kami bina atas dasar cinta yang lahir dari hati kami berdua..






p.s: satu hari nanti, aku akan cuba merajinkan diri mengarang kisah cinta kami untuk tatapan peminat pembaca blog aku ini.. 

Wednesday, May 26, 2010

P.S I Love You

korang penah tengok tak citer ni? mesti penah kan? aku jer yang tak penah tengok. padahal selalu jer main kt HBO tu. aku ni kalo citer dah main separuh jalan, memang aku malas nak follow. kalau kebetulan mula dari awal, baru lah rajin aku nak ngadap.

tadi kebetulan lak citer ni main kol 8 mlm kat HBO. baru jer lepas dinner, terus ngadap tv. en suami ku dah berkali-kali jugak tengok citer ni. tapi dia suka nak tengok lagi. hero pujaan dia berlakon kan. en suami cakap, dia minat sangat tengok si Gerald Butler tu main gitar. so, dia pun memasang angan-angan nak belajar main gitar. pastu, nak mainkan untuk aku. hihihihi.. sweet lah cik abg ku ini.. :D


cerita ni ditayangkan sekitar tahun 2007. aku memang suka cerita loving2 ni kan. malas lah aku nak ceritakan sinopsis cerita ni. tapi secara ringkas nya, cerita ni menunjukkan betapa kasih dan sayang nya hubungan antara suami isteri yang mana suami nya telah meninggal dunia dan cuba membantu isterinya untuk sedar akan ketiadaan nya di dunia.

meleleh-leleh air mata aku masa menonton tadi. terasa sedih & terharu sangat dengan keikhlasan cinta mereka. sapa yang tak penah tengok lagi, baik korang tengok. tu pun kalo korang suka la citer feeling jiwang macam ni. aku memang suka.

meh citer pasal masakan lak..

hari ni menu dinner kami adalah Ikan Duri/Tetak Masak Cuka/Jeruk.. dah lama teringin nak buat ni. sebab en suami suka.. mak mertua aku selalu buat.. mak aku pun selalu buat gak.. so, balik keja tadi terus call mak aku tanya resepi.. hihi.. sonang jerrr..


komen dari en suami.. sedap dan menjadi.. tapi kurang masin.. hihihi.. aku kurang makan masin, bagi aku dah ok dah. en suami ni makan masin sikit. next time ayg lebihkan masin sikit yer abg.. :)


Tuesday, May 25, 2010

Sakit leher + Sakit kepala

seksa betul hari ni sepanjang aku kat ofis.. dari pagi aku kena sakit kepala.. pastu, sakit leher macam lenguh kalau pegun tengok kat monitor pc lama-lama.. kalau lenguh tu sekejap jer bila kita dah boleh goyang-goyang leher.. ini tidak, lenguh nya sepanjang hari.. seksa la sangat..

sampai ke saat ini pun, di rumah masih lagi sakit.. petang tadi cik abg ku belikan koyok.. tadi dia urut-urut leher aku dan tampalkan koyok.. harap-harap esok ok laa.. kalau tak ok gak.. gi klinik ambik MC la.. kalau dapat MC 2 hari best kan? pastu sambung cuti 3 hari lagi.. sorga laaaa...

aku tengah ada cita-cita baru ni.. tapi tak tau lah kesampaian ke tak ni.. tak tau lah hangat-hangat tahi ayam ker.. hangat-hangat bahang matahari ker.. huhu.. kalau berjaya nanti aku war-warkan.. kalau tak, aku diam jer.. tak nak cakap apa-apa..

en suami sedang study di bilik ke-3 yang telah diubahsuai menjadi bilik study nyerr.. dia tengah pasang lagu Letto - Ruang Rindu.. sedap nyer lagu tu berkumandang.. jiwang sekejap.. layan perasaan..

hari ni aku masak Ayam Goreng + Pucuk Paku Goreng + Sambal Belacan Meletopss.. en suami cakap pucuk paku goreng tu sedap.. hik hik.. lately, selalu menjadi la aku masak.. sedap jer manjang.. (lahai!!! perasan la pulak...) bila dah asyik sedap jer kan, bertambah-tambah la kerajinan aku.. hihi.. best best..

tapi hari ni kami dinner lambat sikit.. kol 8 lebih.. kalo nak ikutkan, 7.30 aku dah siap masak semua dah.. dah nak hidang.. sekali tengok periuk nasik... laaaa.. jadi beras lagi..
hari ni en suami masak nasik, boleh lak dia lupa nak hidupkan letrik.. adessss.. kena tunggu nasik masak dulu laa.. layan Nenek Kebaya.. pastu, naik atas mandi dulu lah.. huhu..

berat dah kelopak mata ku ini.. tido lah.. zzzzzZZZZZ...


Hit Counter

baru 3 hari aku pasang hit counter ni.. lepas tukar kulit blog ni.. lupa lak nak pasang balik.. yang lama dah hilang dengan kulit lama.. lupa nak backup masa tu.. mm.. tak per lah..

so, untuk 3 hari ni.. ini lah bilangan pelawat yang masuk ke blog aku.. termasuk la tuan punyer blog sendiri.. hihi..


*** sakit kepala ku tak hilang lagi, hajat di hati nak gi ambik MC jer kat klinik.. tapi dah 1/2 hari kat ofis.. cam bazir jer.. rugi la MC 1/2 hari.. kalau rumah dekat takper lah jugak.. aku bertahan lah sehingga pukul 5.30 nanti.. 


Monday, May 24, 2010

ketam masak cili

petang semalam pegi pasar malam.. nak tambah sikit stok yang ada di rumah.. sikit jer.. untuk 3 hari jer minggu ni.. sebab khamis malam nak balik perlis.. cuti 3 hari kan.. wesak day..

aku beli 3 ketul ikan duri yang dah dipotong, aku panggil ikan tetak sebab ikan tu dah ditetak-tetak isi nya.. kalau orang perlis panggil ikan pelotan.. :D.. feveret aku ni..

cik abg ku pulak, teringin nak makan ketam.. ketam tu sekilo RM25.. tapi sebab dah teringin nak makan, kami pun ambik lah 4 ekor yang bersaiz sederhana.. sekali naik atas penimbang, ngam-ngam sekilo.. hihi.. mahal gak lah.. tapi tak per, untuk perut sendiri..

so, menu dinner kami untuk malam ni adalah Ketam Masak Cili dan Ikan Pekasam Goreng.. alhamdulillah, kenyang sangat.. puas hati sebab ketam itu adalah sangat fresh, banyak isi dan mampat.. sedap, marveles.. :)


*** mengantuk sangat la aku malam ni.. kepala a bit dizzy.. ingat nak sambung tengok My Lovely Sam Soon.. cam ner ni? perlu tidor kah? awal lagi laaaa...

Saturday, May 22, 2010

Tree Top Walk, Sungai Sedim

ini adalah perancangan last minute.. pagi tadi bila tercelik jer mata aku nak solat subuh.. terus bgtau kat cik abg ku..

isteri: abg, apa kata hari ni kita pi berendam kat sg sedim?
suami: eh!! tiba2 jer ayg ni?
ister: ntah, sajer jer terpikir..
suami: jom jom..  (dan terus cargas bangun)

knowing cik abg ku itu, sebut pasal nak berendam.. laju jerrr...

lps solat subuh, cik abg ku terus turun ke bwh.. sambil bwk tuala.. g layan tv dulu.. aku lak, on laptop.. terus online jap.. pastu, carik map mcmana nak ke sg sedim.. anggaran perjalanan dari rumah adalah 30 minit..

lebih kurang kol 8 pagi, kami bertolak dari rumah.. singgah beli nasik lemak.. nak gi makan kt sana laa.. sambil kaki celup-celup dalam air sungai.. hihi.. lepas tu, singgah makan roti canai banjir dulu.. (paling sedap yang kami jumpa kat kawasan kulim ni).. start makan roti canai tu last week, terus bagitau kat cik abg ku.. tiap-tiap seminggu sekali nak kena datang makan roti canai ni.. hihi.. I LIKEEE....

settle breakfast roti canai.. kami pun memulakan perjalanan ke sungai sedim.. berpandukan maps kat google tadi dan jugak panduan penunjuk jalan.. Garmin tu aku carik tak jumpa lak Sungai Sedim.. ish ish.. nak kena upgrade nih.. akhirnya sampai jugak kami ke sana.. lebih kurang kol 9 lebih dah masa tu..

nice place.. dan bagi aku bersih lah berbanding tempat perkelahan yang pernah aku pergi sebelum ni.. kawasan pun luas.. dan orang tak ramai sangat.. tak lah crowded macam pegi kat Sg Gabai, Ulu Langat.. nak carik port pun susah.. huhu..

lepas jer parking keta.. kami terus menuju ke Tree Top Walk.. yang aku tau, ini adalah jambatan buatan yang dibuat di dalam hutan yang sama paras dengan ketinggian pokok.. berani kah aku?? cik abg ku beberapa kali tanya.. 'ayg berani ke?' dan aku pulak beberapa kali bagitau.. 'kalau ayg tak berani nanti, kita patah balik tau..' hi hi..

sebelum sampai ke kaunter nak beli tiket.. tengok ada lak orang tengah shooting.. rasa nyer untuk rancangan kanak-kanak.. sebab ada maskot bee tu..


selepas tengok serba sedikit keadaan jambatan tu.. aku membina keyakinan dan keberanian di dalam diri.. jambatan itu diperbuat daripada besi.. dan insyaAllah dapat menampung badan 'chomel' ku ini.. risau wehhh!!!


FYI, harga tiket adalah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak..

kami di atas sana...


sungai kat bawah tu..


kantoii.. ada orang gayat.. hahaha.. yang kelakar nyer kan.. cik abg ku ini risau kan aku yang takut.. tapi aku releks jer.. dia lak yang risau sebab nyer dia cakap, besi  pelantar tu macam melentur bila kita pijak.. haha.. mau la jadi 'bahan' aku sebulan dua ni.. ahaksss..


di ketinggian yang tertinggi..


yeayy.. dah sampai dengan selamat nya ke daratan.. hik hik..


half way masa kitorg kat Tree Top Walk tu.. hujan la pulak.. ingat nak sambung mandi manda di sungai pulak.. tapi nyer dah hujan.. nasik lemak pun tak sempat makan lagi ni.. so, kami decide balik jer lah.. next time datang lagi nak mandi manda.. nasik lemak balik makan kat rumah jer lah.. hihihi..

kalau nak tengok gambar-gambar lain.. pegi kat link facebook aku yer..

Friday, May 21, 2010

anak sedara ku warded

ni lah si comel izzati yang kena masuk wad semalam.. hari ni dah discharge dah.. alhamdulillah, nothing serious happen to her.. kami panggil dia dik iti..


tghari semalam mak aku SMS bertanya samada aku dah rehat ke belum.. kalau waktu kerja, mak aku memang tak akan call aku, hanya SMS sahaja.. selalu nya aku akan reply SMS, kalau keja tak banyak, aku call la mak aku.. kebetulan masa mak aku SMS, aku baru je pas makan.. so, aku terus call.. cakap dengan anak sedara ku yang sulung.. aku tanya, naper along tak gi sekolah.. dia cakap.. 'saja la'.. pastu, along bagitau yang adik iti masuk wad.. terus aku mintak cakap dengan mak aku.. mak aku cakap, masuk nyer malam tadi.. kol 2 pagi dia muntah masa tengah tidor.. ada darah dalam muntah dia tu.. tu yang kakak aku terus bawak gi hospital.. terus kena warded..

masa call mak aku, mak tengah bersiap nak gi hospital lah.. sampai petang dok tunggu jer berita dari mak aku macamana keadaan adik iti.. mak bagitau, masa mak pegi tu.. adik iti nampak ceria jer.. cuma kena tunggu doktor nak check najis dia.. sebab masa kena warded dia kena cirit birit..

then, pagi tadi dok SMS dengan kakak aku tanya mcmana keadaan hari ini lak.. kakak aku cakap, demam dah takder, muntah & cirit birit pun dah takder.. kemungkinan petang ni dah boleh keluar.. alhamdulillah...

ingat nya kalo serius, ktorg akan balik ke perlis jugak la petang ni.. tapi bila dah OK, postpone lah.. next week balik.. sebab memang dah plan nak balik next week masa cuti Hari Wesak..

p/s: hari ni aku masak sup tulang dan nasik goreng kampung.. layannnn..

Thursday, May 20, 2010

bawal stim la pulak

hari ni masak sangat simple.. senang.. dan memudahkan kerja ku..

sesampai je di rumah.. terus ke dapur membasuh periuk dan terus memasak nasik di dalam periuk letrik.. ada lagi pinggan2 yang belum berbasuh di dalam sinki.. aku biarkan di situ dengan niat menunggu sehingga en suami pulang, dan meminta dia membasuh nya.. (kejam betul isteri mu ini) .. jangan diberi muka sangat ye kepada suami-suami di luar sana.. susah sama susah.. senang sama senang.. sedap sama sedap.. ahaksss.. korang jangan mengecam aku pulak dengan statement ku ini..

melalut lak.. sambung cerita..

terus mencapai telefon dan menelefon emak ku di kampung.. nak bertanya khabar anak sedara ku yang masuk wad malam tadi.. (nanti aku buat entry baru mengenai hal ni ye)

lama jugak bersembang dengan mak.. lebih 1/2 jam.. en suami belum lagi menampakkan rupa paras di muka pintu.. hati sedikit panas dah.. sebab jam dah hampir menunjukkan pukul 7.30 mlm.. aku nak tengok Nenek Kebaya.. tapi sorang2, aku adalah sedikit penakut.. kena tunggu en suami pulang, baru lah boleh bukak tv untuk menonton Nenek Kebaya..

aku terus ke dapur, siang ikan bawal.. basuh2 ikan.. didihkan air di dalam periuk pengukus dan terus menelefon en suami.. di manakah beliau.. tengok dah hampir nak sampai kat depan pagar rumah dah..

aku menyambung tugas nak menyediakan bahan2 untuk buat bawal stim.. potong halia, bawang merah, bawang putih.. ketuk2 serai.. settle..

letak bahan2 semua ke dalam loyang.. dan kukus laaa.. apa lagi..

ini lah hasil nyaa...


lazaatttt.. (en suami tak makan tengahari sebab hari ni aku nak masak bawal stim.. ye ker?? ok lah.. caya lahh..)

Wednesday, May 19, 2010

terung goreng berlada yang menjadi

hari ni super wife memasak lagi.. masakan hari ini adalah terung goreng berlada yang sedap (haha!! puji diri sendiri) dan ayam goreng.. kenapa aku gembira sangat ni? ini adalah kerana, ini adalah kali pertama aku berjaya memasak terung goreng berlada seperti mana lidah aku nak.. hehe.. aku suka.. en suami pun suka.. en suami tu kan kurang sangat nak makan sayur2 ni.. tapi kali ni, dia la yang habis kan... i likeee..

ini lah rupa terung goreng berlada ku yang sedap.. :D



ini pulak ayam masak merah yang aku masak last week.. hari ni baru transfer gambar dari henpon ke laptop.. so, upload je lah sekali kat sini.. ayam masak merah adalah kegemaran en suami.. :)


en suami berjaya membuat sendiri wireless booster kat pc kitorg yang letak kat bilik atas.. signal wifi tak kuat di atas sebab nyer wireless router terletak di tingkat bawah.. good job abg!!! dari 2 bar, menjadi 4 bar.. tadi aku dah test mendownload dari internet.. agak laju seh!!! jimat duit kita.. tak payah beli wireless booster yang 2,3 rat tu..

nanti-nanti aku tunjuk rupa wireless booster yang en suami buat tu.. jgn gelak ye korg.. :D

Tuesday, May 18, 2010

tak tau lah topik apa

ada sesuatu yang nak diceritakan.. tapi aku rasa tak perlu lah cerita kat sini.. tapi hati aku rasa sangat tak selesa.. hmmmm.. tak perlah.. biarlah aku berbicara sendiri atau dengan yang tersayang sahaja..

aku nak bgtau, hari ni aku masak kangkung goreng belacan & ikan tongkol goreng.. dan en suami membuat sambal belacan menggunakan lesung batu.. sangat pedas dan sedap.. en suami makan sampai berpeluh-peluh, meleleh air mata & hidung.. dia adalah penggemar sambal belacan yang pedas..

ok lah, aku mahu tidor dah.. semangat nak update tu ada.. tapi idea tak mau mari lah..

Thursday, May 13, 2010

ADAMAYA dah abih dah

aku baru jer lepas tengok ADAMAYA last episode.. seperti biasa tak sempat la nak tengok petang tadi.. sampai rumah agak lambat.. sebab hujan sangat lebat sebaik sahaja masuk ke daerah Kulim..

adesss.. meleleh-leleh airmata ku mengadap skrin laptop sambil menonton ADAMAYA last episode.. beberapa kali klik kat TV3 online.. tapi tak ber'update' lagi.. nasib baik lah ada yang tolong meng'upload'kan last series ni..  terima kasih buat yanmieonline di atas usaha anda..

apa pendapat korg yg tgk last series ni? aku suka la ending macam ni.. happy ending.. i like.. menyentuh perasaan betul lah.. sampai air mata, air hidung sumer tak sabar-sabar nak keluar.. huhu..

next week citer apa lak eh?? aku ni kalo awal-awal aku malas nak follow.. bila dah main beberapa episod baru lah aku  nak layan kat TV3 online.. kalo best, baru lah aku layan.. tunggu review korang dulu eh.. hihi


pop up page

tekanan dengan kerja-kerja di ofis.. tak der lah seteruk dulu yer.. kalau dulu berbagai-bagai tekanan yang dihadapi.. emosi terus ke laut jer.. sentiasa tak stabil.. tapi sekarang, emosi stabil selepas pukul 5.30 petang.. hihi..

aku agak tertekan bila kerja membuat coding ku terikat dengan standard yang telah ditetapkan.. aku kena rujuk pada coding sebelum ini dan mengikut standard mereka yang telah dibuat.. yang malas nya, aku kena faham sebaris sebaris apa yang mereka buat tu.. kena carik sana, carik sini.. alangkah best nya kalau aku boleh ikut cara aku sendiri saja.. lagi cepat lah aku rasa..

tapi mereka dah lama berkecimpung dengan ini sistem.. jadi mereka tahu baik buruk nya mereka buat begitu.. aku yang melukut di tepi gantang kena lah mengikut apa yang mereka buat.. tapi, kalau aku ada la idea-idea bernas yang nak diutarakan, sangat dialu-alukan.. cuma nya, standard of writing source code adalah tetap sama yer.. dan menggunakan tools & library yang telah mereka tetapkan.. agak terbatas..

sorry ye kalo aku merapu yang korg tak paham.. ini lah kerja seorang application developer seperti aku.. aku tengah tension ni.. kenapa lah pop up page aku tak mau muncul ni.. esok nak kena submit dah ni.. wish me luck yer korang..


Wednesday, May 12, 2010

Award Pro Memasak

dapat award ni dari blog Dong & Dia & Azra..

aku baru sedar diri nak ambik award ni.. sebab nyer sejak 2,3 hari ni aku sedikit kerajinan.. hehehe.. kalo tak, malu la nak ambik.. harap2 lepas ni, kerajinan aku kekal di tahap yang sama..

Thanks Ijan & Baby Azra Yg Botak.. hihi


3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
1. Ayam masak merah (sbb en suami suka)
2. Sambal ikan bilis goreng (sbb en suami suka jugak)
3. Apa-apa lauk pauk yang resepi nya menarik & mudah untuk dibuat

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
1. Bubur jagung
2. Cupcake
3. Agar-agar santan

3 jenis biskut kegemaran time raya
1. Dodol ibu mertuaku (biskut ker???)
2. Tart nenas (yg sedap bila 1st time rasa)
3. Biskut makmur

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
1. Cik Mai
2. Erna
3. Asleez


lagi cerita pasal masak memasak

kerajinan aku sekarang ni agak meninggi lah.. entah termakan vitamin apa la pulak yang menyebabkan penyakit malas kian menumpul.. untung la orang yang menjadi suami aku tu kan.. hihihihi..

hari ni seperti 2 hari yang lepas, aku balik keje, terus menuju ke dapur.. hari ini ada lagi pinggan mangkuk yang belum dibasuh di dalam sinki..

pesanan untuk en suami --> sila pastikan sinki kosong yer bila nak keluar kerja pagi-pagi tu.. :D

so, sebelum memulakan proses masak memasak.. sinki perlulah dikosongkan dahulu.. lepas tu, masak nasik.. keluarkan ikan gerut untuk dibasuh.. dan juga ikan kembung..

menu hari ini adalah tomyam ikan gerut dan ikan kembung goreng.. dan menu dari en suami adalah cili potong + kicap + limau nipis..

sayur hanyalah carrot yang diletakkan di dalam tomyam.. itu sahaja menu kami malam ini..

dah 2 malam aku makan nasik ni.. risau la nak naik penimbang.. hihi

Tuesday, May 11, 2010

mee goreng lak..

hari ni aku agak kerajinan jugak lah.. lagi sekali mengorbankan masa menonton ADAMAYA secara langsung dari tv..

sampai jer rumah, en suami sedang menyapu sampah di halaman rumah.. alangkah best nyer ari ni sebab aku tak payah nak turun keta nak bukak pintu pagar, sebab dah ada orang tolong bukak.. bahagia nyerrr..

masuk rumah jer, terus ke dapur dan memberi cadangan kepada en suami supaya hari ni aku nak masak mee goreng.. ini adalah feveret makanan en suami.. hihi..

klung klang klung kleng.. terhasillah mee goreng ku.. togel jerr.. tak de sayur-sayur pun.. aku letak ayam & daging jer.. (en suami kurang suka makan sayur)


sedap kan?? sedapppppp (jwb en suami).. kalo tak cakap sedap nanti bini dia tak mau masak dah.. hahaha.. giler kejam..


super wife


hari ni banyak keje nak kena buat laa.. tapi aku masih lagi rasa nak update blog.. tapi blog kosong yg tidak bergambar.. kurang menarik bukan? tak per lah, kalo korg nak tengok, korg tengok lah.. kalo tak nak pun aku tak paksa.. saja tiba-tiba kerajinan aku berada di tahap tertinggi..

aku nak cerita ni pasal aku menjadi super wife semalam.. balik keje agak lambat sikit.. so, sampai rumah pukul 7 ptg.. dekat-dekat nak sampai tu call la en suami ku.. dengan harapan dia dah sampai, sebab selalu nya kalo waktu tersebut, dia dah berada di rumah.. alangkah sedihnya bila dia bgtau yg dia masih lagi di ofis.. punah harapan aku nak ajak dia gi dinner.. aku suka dinner awal2.. sebelum masuk maghrib.. biasa laa.. aku kan 'jaga badan'.. korg jangan nak gelakkan aku.. grrr..

so, terus la aku dengan nada suara merajuk dan hati ada sedikit panas laa.. org lapar memang macam tu.. cepat marah.. (ni refer kepada diriku sendiri.. hihi)
sampai jer rumah, cabut tudung.. masuk dapur, pakai apron.. keluarkan bahan-bahan yang nak dimasak sambil di dalam kepala otak memikirkan menu yang terbaik dan cepat untuk dimasak.. dan aku sanggup mengorbankan tengok ADAMAYA petang semalam, sebab nak masak punyer pasal.. (en suami sila take note yer.. :P)

mula-mula aku masak nasik.. potong daging, cincang bawang putih, potong buah petola.. maka terhasillah sayur petola campur daging.. i likeee...
pastu, siang ikan tongkol feveret suami ku.. potong-potong, letak garam kunyit dan goreng..

lps 1/2 jam camtu en suami pun pulang.. terus dia masuk dapur sengih-sengih tengok aku..

suami: ayg, ok tak abg pakai baju & seluar ni? (menayang baju & seluar baru yg dia pakai ari ni)
isteri: alah, dh petang baru nak tayang.. dah busuk dah pun.. (ish ish.. teruk betul org lapar ni)
suami: ye lah, mcmana nak tunjuk kat ayg pg td (aku kan kuar umah awal, di saat suami ku masih berkain pelikat)


suami: ayg nk mintak abg tolong apa ni?
isteri: pertama sekali, tolong jangan bukak tv (nnt aku lagi panas baran bila tengok dia menggedik kaki di depan tv)

pastu, aku pun mengarahkan 1-1 keja yang dia perlu tolong.. pertama, basuh kulat sisik yang kami beli di pasar malam hari tu.. basuh sehingga hilang pasir-pasir nya.. pastu, aku suruh dia pecahkan telur ayam 2 biji dan campur dengan kulat itu, masuk garam sikit.. goreng.. itu lah tugasan yang aku bagi kepada en suami..

dalam masa yang sama, aku tumbuk sambal belacan.. menggunakan lesung batu OK!!.. selalu nyer aku pakai blender jer.. tapi hasil nyer kurang memuaskan.. tapi kalo dah malas, boleh jer..

pukul 7.45, dah siap semua nyaa.. alhamdulillah, cepat jugak aktiviti memasak semalam.. naik atas mandi & solat maghrib.. baru lah turun semula dan dinner.. so, lambat sikit la dinner aku semalam, sebab kena masak sendiri.. hihi.. dan terbreak jgk la diet tak makan nasik pada waktu dinner..

selesai dinner, arahan diberikan kepada en suami untuk melangsaikan pembasuhan pinggan mangkuk.. alhamdulillah, en suami membantu dengan jaya nya.. aku bahagia.. :D




Sunday, May 09, 2010

alone & Selamat Hari Ibu

aku sedang berada di rumah keseorangan.. encik suami ku tiada.. hari ni adalah hari dia pegi mendaftar untuk menyambung belajar.. ambik part time la.. sonang sikit..

pagi2 tadi kami bangun awal.. sebab kol 8 dia dh kena ada di sana.. so, aku ikut sekali.. nk tengok keadaan mcmana.. aku tunggu smpi kol 8.30, pastu, en suami cakap balik dulu lah.. sbb dia ada sesi taklimat.. aku pun mmg nak kena balik ke kulim semula sebab nak kena gi pej poslaju lg sekali.. kad kredit ari tu diorg silap antar, so, diorg antar yg baru lak.. fyi, en suami pegi mendaftar di seberang jaya.. :)

now, aku blk lepak umah dulu.. tunggu en suami call, baru la aku nak g pick up dia.. pastu, nk terus g penang jap.. ada urusan perbankan yg perlu dilangsaikan.. :D

akhir kata
Selamat Hari Ibu buat mereka yang bergelar ibu/mama/mommy/ummi dan sewaktu dengan nya... :)

Saturday, May 08, 2010

our dating last night

semlm kan aku in a good mood.. heheheheh..

kami pegi dating.. dekat jer.. kat giant depan umah ni jer.. tak jauh pun.. awal nyer nak tgk wayang, tapi lambat sangat lak.. malas lah.. lgpun xde cerita yang menarik perhatian aku sangat.. cik abg ku ikut saja.. pastu, kami pegi mencari tempat makan.. ada restoren sushi king baru bukak kt sini.. so, ktorg nak try lah..


first sushi yg ktorg ambik.. gmbr real nye lupa nk ambik.. so, ambik gmbr kt menu jer lah.. hehe

sambil menunggu main menu yg diorder.. naper aku posing cam tu eh?? kelakar lak..

encik suami yg sabar menanti makanan.. sebab tak makan lunch..

ni aper eh.. telur udang kot.. boleh la tahan rasa nyaa..

lepas perut dah kenyang, kami meneruskan agenda dating..

kami menuju ke ole-ole bowling.. sejak dibuka di Giant Kulim ni, kami blum penah try lg menggolong bola di sini.. (mcm la terer sangat kan.. haha)

suami ku baru lepas beraksi..

tgk la result kami.. sangat lah terukss...
alasan:
- bola tak best
- jari tak ngam dgn bola tu.. yg ngam pun bola yg sgt berat
- jari kami adalah 'chomel', tak main ler yg lobang kecit2 tu..

hajat di hati nk main 2 round game, tp 1 game pun cam seksa nak habiskan.. haha..

lepas main bowling, kami lepak tengok org main poco-poco lak.. enjoy gk laa.. terus kami teringin gak nak join.. hehehehhe



Friday, May 07, 2010

code review session

ada code review session kol 2.30 ni.. task ni agak besar sbb aku ambik masa 2 minggu nk settle.. takut la jugak kan.. rasa nya cam ada jer bugs2 yg tak diingini nanti..

harap2 ok jer aaa.. aku nak weekend aku tenang dan aman jer kali ni.. (mcm la sblum ni tak aman kan.. hihihihi)

updated:
code review session berakhir dgn jaya nya.. tanpa bugs.. bagus bagus.. 
now, i'm in a very good mood.. malam ni gi dating tengok wayang dgn encik suami terchenta.. :D

Wednesday, May 05, 2010

Ayam Penyet

hari ni melepas tengok ADAMAYA. sebabnya petang tadi sangat lapar. pastu, kebetulan cik abg ku pulang. terus ajak keluar pegi makan. makan di mana? hari ni kami menuju ke Jusco Sbrg Prai City. kat Bandar Perda. itu lah Jusco terdekat dengan Kulim.

hajat di hati nak makan Kenny Rogers. bila dah sampai sana, ternampak satu restoran bernama Ayam Penyet. layan gak ni.. terus kaki laju je melangkah masuk ke restoran itu. sedap jugak lah makanan nya. sambal yg pedas itu, memang menusuk lidah ku. dah la mulut ku mengalami 'mata ikan'. lately aku tak tahan dengan panas, mesti keluar 'mata ikan'. adalah seksa bila nak makan yang pedas2.

ada la snap gambar sekeping, tapi dalam henpon. henpon lak kt atas, aku kat bawah ni. malas nak naik. esok2 lah aku updatekan gambar nye yer. ini link Restoran Ayam Penyet. rajin2 lah korg pi usha yer.

mengantuk sudah. mau tido, esok mau keja ya. tak keja takder duit nanti.

updated: suami ku yang sedang mengunyah dengan rakus sedap nyaa.. kembong pipi menyumbat makanan.. sungguh tidak senonoh di situ.. hahahahha (ampun suamiku)



Tuesday, May 04, 2010

Award from Cik Mai

menerima award dan menjawab tag dari cik mai..


1. Thank & link the person that gave you award.
Thanks Cik Mai for this award. Malam ni tiba2 sedikit kerajinan nak membuat tag.

2 - Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
Yang ni belum rajin nak tag kengkawan bloggers. Tapi sapa2 yg sudi nak buat, dipersilakan. (masih ada lagi sisa2 malas dalam diriku)

3 - Contact the bloggers and let them know they've won the award.
Not yet.

4 - State 7 things about yourself
* isteri kepada suamiku yang sangat penyayang 
* anak kedua kepada parent ku
* suka memasak, carik resepi kt internet dan mencuba, tak kisah ler jd ker tak
* berangan nak ada rumah ala-ala banglo di atas kawasan tanah yang luas dan pagar yang cantik (seperti yg dibayangkan oleh ayah ku)
* nak belajar hingga peringkat tertinggi utk kepuasan diri sendiri
* kalau boleh, nak tinggal sekali dgn parent.. tapi tak boleh.. banyak perkara perlu dipertimbangkan
* sangat berhajat untuk memberikan zuriat dari rahimku untuk suamiku.. insyaAllah.. doa2kan lah..