Instagram

Wednesday, May 05, 2010

Ayam Penyet

hari ni melepas tengok ADAMAYA. sebabnya petang tadi sangat lapar. pastu, kebetulan cik abg ku pulang. terus ajak keluar pegi makan. makan di mana? hari ni kami menuju ke Jusco Sbrg Prai City. kat Bandar Perda. itu lah Jusco terdekat dengan Kulim.

hajat di hati nak makan Kenny Rogers. bila dah sampai sana, ternampak satu restoran bernama Ayam Penyet. layan gak ni.. terus kaki laju je melangkah masuk ke restoran itu. sedap jugak lah makanan nya. sambal yg pedas itu, memang menusuk lidah ku. dah la mulut ku mengalami 'mata ikan'. lately aku tak tahan dengan panas, mesti keluar 'mata ikan'. adalah seksa bila nak makan yang pedas2.

ada la snap gambar sekeping, tapi dalam henpon. henpon lak kt atas, aku kat bawah ni. malas nak naik. esok2 lah aku updatekan gambar nye yer. ini link Restoran Ayam Penyet. rajin2 lah korg pi usha yer.

mengantuk sudah. mau tido, esok mau keja ya. tak keja takder duit nanti.

updated: suami ku yang sedang mengunyah dengan rakus sedap nyaa.. kembong pipi menyumbat makanan.. sungguh tidak senonoh di situ.. hahahahha (ampun suamiku)



2 comments:

mohd said...

huhh... boikot indon.... huhuhu...

Aizura said...

boikot laa.. ada i kesah.. :P