Instagram

Thursday, May 20, 2010

bawal stim la pulak

hari ni masak sangat simple.. senang.. dan memudahkan kerja ku..

sesampai je di rumah.. terus ke dapur membasuh periuk dan terus memasak nasik di dalam periuk letrik.. ada lagi pinggan2 yang belum berbasuh di dalam sinki.. aku biarkan di situ dengan niat menunggu sehingga en suami pulang, dan meminta dia membasuh nya.. (kejam betul isteri mu ini) .. jangan diberi muka sangat ye kepada suami-suami di luar sana.. susah sama susah.. senang sama senang.. sedap sama sedap.. ahaksss.. korang jangan mengecam aku pulak dengan statement ku ini..

melalut lak.. sambung cerita..

terus mencapai telefon dan menelefon emak ku di kampung.. nak bertanya khabar anak sedara ku yang masuk wad malam tadi.. (nanti aku buat entry baru mengenai hal ni ye)

lama jugak bersembang dengan mak.. lebih 1/2 jam.. en suami belum lagi menampakkan rupa paras di muka pintu.. hati sedikit panas dah.. sebab jam dah hampir menunjukkan pukul 7.30 mlm.. aku nak tengok Nenek Kebaya.. tapi sorang2, aku adalah sedikit penakut.. kena tunggu en suami pulang, baru lah boleh bukak tv untuk menonton Nenek Kebaya..

aku terus ke dapur, siang ikan bawal.. basuh2 ikan.. didihkan air di dalam periuk pengukus dan terus menelefon en suami.. di manakah beliau.. tengok dah hampir nak sampai kat depan pagar rumah dah..

aku menyambung tugas nak menyediakan bahan2 untuk buat bawal stim.. potong halia, bawang merah, bawang putih.. ketuk2 serai.. settle..

letak bahan2 semua ke dalam loyang.. dan kukus laaa.. apa lagi..

ini lah hasil nyaa...


lazaatttt.. (en suami tak makan tengahari sebab hari ni aku nak masak bawal stim.. ye ker?? ok lah.. caya lahh..)

2 comments:

azieazah said...

ZURA next time cuba boh cili padi (atau tabur serbuk lada hitam) sedap gak tau..

Kak Azie kadang2 campur sayur mayur (pucuk jagung or mushroom) sekali dalam loyang tu. So, semua dalam satu. Takyah masak sayur lagi.

Aizura said...

cili padi mmg ada tu.. dah potong2.. senang bg berasa sikit..
lada hitam x penah try bubuh lg.. next time nak try pulak.. :D
sayur mayur kehabisan stok.. tu yg kosong jer tu.. bwg2 jer ada..