hari ni seperti 2 hari yang lepas, aku balik keje, terus menuju ke dapur.. hari ini ada lagi pinggan mangkuk yang belum dibasuh di dalam sinki..
pesanan untuk en suami --> sila pastikan sinki kosong yer bila nak keluar kerja pagi-pagi tu.. :D
so, sebelum memulakan proses masak memasak.. sinki perlulah dikosongkan dahulu.. lepas tu, masak nasik.. keluarkan ikan gerut untuk dibasuh.. dan juga ikan kembung..
menu hari ini adalah tomyam ikan gerut dan ikan kembung goreng.. dan menu dari en suami adalah cili potong + kicap + limau nipis..
sayur hanyalah carrot yang diletakkan di dalam tomyam.. itu sahaja menu kami malam ini..
dah 2 malam aku makan nasik ni.. risau la nak naik penimbang.. hihi

No comments:
Post a Comment