Friday, May 21, 2010

anak sedara ku warded

ni lah si comel izzati yang kena masuk wad semalam.. hari ni dah discharge dah.. alhamdulillah, nothing serious happen to her.. kami panggil dia dik iti..


tghari semalam mak aku SMS bertanya samada aku dah rehat ke belum.. kalau waktu kerja, mak aku memang tak akan call aku, hanya SMS sahaja.. selalu nya aku akan reply SMS, kalau keja tak banyak, aku call la mak aku.. kebetulan masa mak aku SMS, aku baru je pas makan.. so, aku terus call.. cakap dengan anak sedara ku yang sulung.. aku tanya, naper along tak gi sekolah.. dia cakap.. 'saja la'.. pastu, along bagitau yang adik iti masuk wad.. terus aku mintak cakap dengan mak aku.. mak aku cakap, masuk nyer malam tadi.. kol 2 pagi dia muntah masa tengah tidor.. ada darah dalam muntah dia tu.. tu yang kakak aku terus bawak gi hospital.. terus kena warded..

masa call mak aku, mak tengah bersiap nak gi hospital lah.. sampai petang dok tunggu jer berita dari mak aku macamana keadaan adik iti.. mak bagitau, masa mak pegi tu.. adik iti nampak ceria jer.. cuma kena tunggu doktor nak check najis dia.. sebab masa kena warded dia kena cirit birit..

then, pagi tadi dok SMS dengan kakak aku tanya mcmana keadaan hari ini lak.. kakak aku cakap, demam dah takder, muntah & cirit birit pun dah takder.. kemungkinan petang ni dah boleh keluar.. alhamdulillah...

ingat nya kalo serius, ktorg akan balik ke perlis jugak la petang ni.. tapi bila dah OK, postpone lah.. next week balik.. sebab memang dah plan nak balik next week masa cuti Hari Wesak..

p/s: hari ni aku masak sup tulang dan nasik goreng kampung.. layannnn..

No comments: