Saturday, May 22, 2010

Tree Top Walk, Sungai Sedim

ini adalah perancangan last minute.. pagi tadi bila tercelik jer mata aku nak solat subuh.. terus bgtau kat cik abg ku..

isteri: abg, apa kata hari ni kita pi berendam kat sg sedim?
suami: eh!! tiba2 jer ayg ni?
ister: ntah, sajer jer terpikir..
suami: jom jom..  (dan terus cargas bangun)

knowing cik abg ku itu, sebut pasal nak berendam.. laju jerrr...

lps solat subuh, cik abg ku terus turun ke bwh.. sambil bwk tuala.. g layan tv dulu.. aku lak, on laptop.. terus online jap.. pastu, carik map mcmana nak ke sg sedim.. anggaran perjalanan dari rumah adalah 30 minit..

lebih kurang kol 8 pagi, kami bertolak dari rumah.. singgah beli nasik lemak.. nak gi makan kt sana laa.. sambil kaki celup-celup dalam air sungai.. hihi.. lepas tu, singgah makan roti canai banjir dulu.. (paling sedap yang kami jumpa kat kawasan kulim ni).. start makan roti canai tu last week, terus bagitau kat cik abg ku.. tiap-tiap seminggu sekali nak kena datang makan roti canai ni.. hihi.. I LIKEEE....

settle breakfast roti canai.. kami pun memulakan perjalanan ke sungai sedim.. berpandukan maps kat google tadi dan jugak panduan penunjuk jalan.. Garmin tu aku carik tak jumpa lak Sungai Sedim.. ish ish.. nak kena upgrade nih.. akhirnya sampai jugak kami ke sana.. lebih kurang kol 9 lebih dah masa tu..

nice place.. dan bagi aku bersih lah berbanding tempat perkelahan yang pernah aku pergi sebelum ni.. kawasan pun luas.. dan orang tak ramai sangat.. tak lah crowded macam pegi kat Sg Gabai, Ulu Langat.. nak carik port pun susah.. huhu..

lepas jer parking keta.. kami terus menuju ke Tree Top Walk.. yang aku tau, ini adalah jambatan buatan yang dibuat di dalam hutan yang sama paras dengan ketinggian pokok.. berani kah aku?? cik abg ku beberapa kali tanya.. 'ayg berani ke?' dan aku pulak beberapa kali bagitau.. 'kalau ayg tak berani nanti, kita patah balik tau..' hi hi..

sebelum sampai ke kaunter nak beli tiket.. tengok ada lak orang tengah shooting.. rasa nyer untuk rancangan kanak-kanak.. sebab ada maskot bee tu..


selepas tengok serba sedikit keadaan jambatan tu.. aku membina keyakinan dan keberanian di dalam diri.. jambatan itu diperbuat daripada besi.. dan insyaAllah dapat menampung badan 'chomel' ku ini.. risau wehhh!!!


FYI, harga tiket adalah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak..

kami di atas sana...


sungai kat bawah tu..


kantoii.. ada orang gayat.. hahaha.. yang kelakar nyer kan.. cik abg ku ini risau kan aku yang takut.. tapi aku releks jer.. dia lak yang risau sebab nyer dia cakap, besi  pelantar tu macam melentur bila kita pijak.. haha.. mau la jadi 'bahan' aku sebulan dua ni.. ahaksss..


di ketinggian yang tertinggi..


yeayy.. dah sampai dengan selamat nya ke daratan.. hik hik..


half way masa kitorg kat Tree Top Walk tu.. hujan la pulak.. ingat nak sambung mandi manda di sungai pulak.. tapi nyer dah hujan.. nasik lemak pun tak sempat makan lagi ni.. so, kami decide balik jer lah.. next time datang lagi nak mandi manda.. nasik lemak balik makan kat rumah jer lah.. hihihi..

kalau nak tengok gambar-gambar lain.. pegi kat link facebook aku yer..

5 comments:

azieazah said...

Weyyyy sangat best ler itu tempat. Tingin nyer nak pegi..

terer korang ek, leh jumpa tempat camnih. Sangat damai ok..


*Maskot Bee tu rasanya Ulat Buku.

Aizura said...

kak azie, itu lah guna nya teknologi internet.. tempat yg xtau jadi tau akhir nya.. :D

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez penah buat canopy walk kat frim. rase cam ok jerlah. xgayat..

abdul said...

bukan gayat la. masa zura ambil gambar tu saya tgh tengok at bawah.
ada bab1

Aizura said...

ye lah tu en abdul.. alasan kukuh lah tu.. :D